Kenapa Sarang Ini Jadi Begini?

ANDA TAHU???

Ceritanya satu ketika dulu di awal tahun 1980'an rumah ini telah dibiarkan kosong oleh pemiliknya.. satu hari seorang tokey burung layang-layang ini telah ternampak sejenis burung telah masuk keluar di dalam rumah ini.. Apabila diamatinya terdapat beberapa ekor burung layang-layang perut putih yang mendiami dan bersarang di dalamnya..

Lokasinya di salah sebuah Taman perumahan di Bentong, Pahang. apabila sudah sah rumah ini punya burung-burung layang-layang tersebut, iaitu salah satu spesies burung layang-layang dari famili yang sama dengan burung layang-layang gua, belaiu telah merisik untuk membeli rumah ini..Oleh kerana pemiliknya tinggal jauh dari sini dan rumah yang hanya teres setingkat ini, ianya dengan senang dapat dibeli oleh pengusaha sarang burung ini..

Apabila beliau telah berjaya mendapat rumah ini, maka mulalah beliau beroperasi menggantikan telor-telor yang dihasilkan oleh siburung tersebut dengan telor burung layang-layang gua dan membiarkan si ibu n bapa burung layang-layang perut putih mengeramnya..burung layang-layang perut putih ini di perlindungi sepenuhnya, jadi hati-hati kalau tertangkap oleh penguatkuasa PERHILITAN, tak berbaloi, denda yang kena bayar boleh membina sebuah rumah burung...

Setelah lebih dari sebulan (~45 hari) telor-telor tersebut pun menetas.. ibu burung tersebut menjaga anak burungnya itu dengan baik sekali..tanpa mereka mengetahui itu hanya anak angkat "surrogate mother", itulah tugas mereka.. apabila telah besar dan pandai terbang mereka pun mnegikut ibu/bapa keluar mencari makan. Apabila petang, mereka pun pulang semula kerumah itu bersama-sama sang ibu..

Begitulah setiap hari hingga tiba masa mereka mula bertelor pula.. tapi apa yang mereka tahu bila melihat sang ibu tompang membuat sarang dengan rumput-rumput kering, mereka pun ikut sama..tetapi mungkin disebabkan burung ini mendapat teman hidup yang dibesarkan ibu dari spesies layang-layang gua, separuh dari sarangnya diperbuat dengan air liur..

Begitulah ceritanya kenapa sarang burung diatas separuhnya punya rumput2 kering dan bulu..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments