Impian Ku Sudah Hampir Di Capai... Insha Allah

Dimulakan kerja-kerja tapak pada 27 Jun 2011

Disiapkan pada 25 Jun 2011

Dilancarkan pada minggu pertama (1 Ogos 2011)
"Rumah ku yang baru 2 minggu dilancarkan kini sudah  menunjukkan hasil di mana peringkat burung tidur sudah kelihatan". Begitulah cerita Tuan Hj Hamdan... pemilik rumah ini.. 

Petang tadi ketika Pak Din melawat rumah burungnya (Pemantauan) beliau menceritakan sudah 30 ekor burung (anggaran) telah tidur di dalam rumah belaiu.  Alhamdullilah impian beliau sudah menghampiri penghujungnya..  Pak Din bersyukur usaha Pak Din membantu sudah menunjukkan hasil... 

Menceburi bidang ini bukan sahaja bergantung pada usaha kita tetapi juga bergantung pada kawasan yang dipilih untuk membina rumahnya. Di sini Tuan Hj Hamdan merupa pioneer bagi kawasan kampungnya. Kawasannya yang berhampiran dengan pekan Telok Intan yang mempunyai begitu banyak rumah burung yang sudah berjaya membuatkan usaha beliau lebih cepat mendapatkan hasil..

Kejujuran beliau dalam menunaikan janji-janji yang dimeterai bersama sesama manusia (dengan Pak Din terutamanya-yang Pak Din tahu) juga membantu..(melalui pengalaman Pak Din)..Alhamdullilah. Mari kita bersama-sama berdoa akan kejayaan beliau.. Insha Allah.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments