Halangan Pintu Masuk Rumah Burung


Salah sebuah rumah burung yang dibina menggunakan kaedah terjun bagi burung masuk kedalamnya. Sati idea yang baik bagi pembinaan rumah burung yang terletak ditengah-tengah kawasan ladang sawit yang punya pokok-pokok yang tinggi. Malangnya rumah ini sudah 8 bulan beroperasi tetapi tiada burung yang masuk. Kenapa? ??

Satu persoalan yang baik... Mengikut pengalaman Pak Din yang tak seberapa ini.. pintu masuk memainkan peranan yang penting. Pertamanya panggilan mesti dipancarkan ke kawasan yang diketahui punya rumah burung di hadapannya..rumah burung yang berjaya!! bukan sekadar rumah burung kerana usaha kita ialah untuk menarik burung-burung sedia ada datang kerumah kita. Atau jika tiada rumah yang terdekat kita boleh memerhati dulu akan arah di mana rumah-rumah tersebut ada dan kita panggil pula burung-burung yang melalui atas rumah kita untuk terbang mencari makan semasa pergi dan balik.

Apabila kita sudah ketahui arah pintu masuk, kenalah pula kita tentukan cara pintu yang bagaimana yang perlu dibuat? perlukan sebuah monkey house? atau cuma dibuat di dinding, jika rumah kita cukup tinggi dibandingkan dengan pokok atau bangunan lain di hadapannya. Atau perlukah kita buat dengan cara pintu terjun?? Fikir-fikirkanlah..

Apabila semuanya sudah ditentukan bagaimana pula keadaan sekeliling pintu masuk itu? punya pokok? Jika ada mungkin iannya perlu ditebang. di sekelilingnya terutama ditepi pintu masuk punya pokok? Jika ada mungkin diperhatikan kawasan itu banyak burung hantu atau pemangsa lain? Jika ada baik pokok itu juga ditebang atau dialihkan supaya ianya tidak menjadi tempat bertenggek si pemangsa. kerana ini akan menakutkan buurng masuk ke dalam rumah burung kita...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments