Gua Ikan (Kelantan)- Usahawan Muda Berumur Dalam 30'an Sedang Mengukir Nama Dan Bakal Jadi Jutawan.

Sebuah RBL di Gua Ikan pada ketinggian 200m dari aras laut sudah mula beroperasi pada akhir  bulan lepas..kini sudah mula dikunjungi begitu banyak burung

Dengan konsept terjun, ianya amat sesuai bagi kawasan rbl yang dikelilingi pokok yang tinggi dan banyak

Rumah ini milik seorang pendidik yang bertugas di Klang, Selangor. Rumah kedua 20'x50'x2 tingkat  baginya ini dibina oleh Pak Indon dan konsept dalaman  rumahnya banyak mirip rumah-rumah burung di Indonesia. Rumah bagaikan gua dengan air terjun dari hujan yang turun dan masuk melalui pintu terjunnya. Air hujan ditakungkan dilantai bagi memberikan humiditi yang diperlukan


Tapak baru bagi RBLnya yang ketiga..pada ketinggian lebih kurang 180 meter di lokasi yang sama.. ianya sedang dibina dengan keluasan yang sama juga.
Pemuda Kelantan yang baru mencecah umur 30'an telah mula menceburkan diri di dalam bidang industri sarang burung layang-layang ini. Sehingga kini beliau sudah punya 2 buah rumah burung yang telah beroperasi salah satu darinya pada kaki bukit Gua Ikan. Di sini rumahnya sudah punya kira-kira 1/2 kilo sarang burung. Rumah yang kedua ini telah siap dibina pada pertengahan bulan lepas.  Beliau telah berjumpa seseorang daripada Bertam Baru, Gua Musang di mana mereka menceritakan tentang Pak Din yang boleh memasang audio dalamannya.. Beliau telah meminta Konsultan Cina memasangnya dengan kos RM15-17K.

Alhamdullilah setelah Pak Din menyiapkannya pada akhir bulan Julai lepas, beberapa hari selepas itu beliau menalipon semula Pak Din dengan gembiranya menyatakan begitu banyak burung yang keluar   masuk kerumahnya. Alhamdullilah seronok sekali Pak Din mendengarnya..

Kini sebuah lagi rumah burungnya sedang dibina dengan lokasi berhampiran dengan RBlnya yang kedua...pada ketinggian 180m ...insha Allah beliau berpotensi menjadi jutawan industri sarang-burung dalam masa beberapa tahun akan datang..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments