Felda Jengka Bakal Melahirkan Lebih Ramai Pengusaha Industri Sarang Burung Layang-layang


Hari minggu lepas Pak Din di Jemput ke Felda Jengka bertemu dengan dua beradik yang merupakan anak peneroka yang berjaya.... dalam bidangnya sebagai pengusaha kedai hardware di sini dan kontraktor binaan dan bermacam lagi.. 

Walaupun masih muda kedua beradik ini punya wawasan yang tinggi untuk berjaya dalam hidup...Selepas berbincang dan dibawa melawat kawasan mereka..ermmmm Pak Din berbangga juga atas kejayaan mereka..

Disamping bermacam yang mereka cuba dan berjaya, Pak Din juga dapat melihat RBL mereka yang sudah pun dibina dan hampir berjaya... salah sebuahnya hanya setingkat dengan ukuran yang agak kecil... tetapi satu lagi merupakan tingat atas rumah kedai di pekan Jengka yang katanya milik bumiputera yang terulung dimana tidak langsung ditembusi bukan bumiputera... Alhamdullilah marilah kita sama-sama berdoa semoga ianya kekal begitu. Sejak berpuluh tahun ianya merupakan satu-satunya pekan yang dimiliki peneroka di sini secara total...Walaupun tiada non-bumis di sini kelihatannya beberapa buah rumah burung yang sudah lama beroperasi di sini.. Ada yang sudah pun berjaya..

Diatas adalah dua buah RBL milik kaum Bumi..mestinya seorang yang kaya disini.. di atasnya dibina rumah burung dan dibawahnya disewakan kepada beberapa pekedai yang menjual pelbagai jenis barang termasuk hardware..tetapi malangnya disini ianya dimiliki/disewa kepada non-bumis...

RBL diatas terpaksa dihentikan pembinaannya menurut salah seorang pekedai di sini..kerana kekurangan modal...sayang... Seeloknya ia dibina dan disiapkan satu-satu terlebih dahulu dan dibuka kepada siburung...kerana burung-burung disini begitu banyak sekali...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments