Asalnya Rumah Kambing Kini Di Tukar Menjadi Rumah Burung


Seorang usahawan Bumiputera yang dulunya berkecimpung dalam industri pembiakan kambing secara komersil kini sudah berputus asa dengan industri itu..KENAPA?? maca-macam cerita yang Pak DIn dengar... salah satunya tiada ialah tentang pasaran yang lembap.. susah nak dijual dan akhirnya banyak belanja terpaksa dikeluarkan bagi membiayai makanan yang terpaksa diberi tanpa had masa. Kalau ayam sudah ada jangka masa tertentu untuk dijual tetapi bagi kambing??? entahlah. Kalau di Malaysia ni banyak kambing yang disembelih untuk kekah, korban, atau kenduri kendara... tapi kalau dah terlalu ramai yang bela kambing macam mana nak dijual?? siapa nak beli? Korban pun setahun sekalikan? nak kekah juga seorang sekali..ermmmm lain pada tu kedai mamak banyaklah jual kambing, tapi depa ni tentu nakkkan yang harga murah ajerkan?

Akhirnya sedikit demi sedikit dijual bagi mengurangkan kos. murah pun murahlah apa nak di buat?? Semasa nak mula dulu bukan main rekemen lagi..bagus lah, boleh jual mahal lah..dan macam-macam lagi..

Kini pengusaha ini cuba pula menceburkan diri dalam industri rumah burung tetapi malangnya industri ini juga tidak ramai yang boleh membantu...Mengharapkan peneraju?? entah dimana? Semua orang asyik dok buat kursus asas ajer..tapi lepas tu?? tak da yang membantu..akhirnya projek ini juga bagaikan terbengkalai juga. Tiada sesiapa yang mahu membantu tanpa dibayar...Ramai yang mengaku konsultan tapi ramai juga yang hanya pandai "con".. Inilah juga yang terjadi pada si pengusaha ini. Sudah 8 bulan diubahsuai ruamh kambingnya tapi sekor burung pun tak masuk...ADUHAI...

kEPADA SIAPA NAK DI MINTA PERTOLONGAN ... AWANG SUDAH HABIS RATUSAN RIBU..TETAPI KEJAYAAN JAUH DI MATA LAGI..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments