Telok Intan- Sudah Tiba Masanya Impian Ayah Ku Menjadi Kenyataan..



Semalam Pak Din dan isteri membuat lawatan kerja ke tapak pembinaan RBL baru di Teluk Intan. Sesudah membuat pameran dan penerangan tentang industri sarang burung layang-layang di Seberang Perak, anjuran PPK Seberang Perak.. Alhamdullilah pembinaan RBL ini sudah hampir siap keseluruhannya.  Yang tinggal hanya hiasan dalamannya dan pintu masuk.

Berikutan pameran yang dianjurkan oleh pihak PPK ramai yang datang melawat RBL ini bagi melihat sendiri RBL yang Pak Din bina.. Kini usaha-usaha menyiapkan akan dibuat segera kerana mengejar hari menyambut puasa.. pekerja "electrician" akan dihantar segera bagi memasang wirinya..Insha Allah ianya bakal beroperasi di penghujung bulan ini atau selewat-lewatnya awal Ramadhan.

Semasa berjumpa pemilik rumah ini dan anaknya kelihatan mereka begitu bangga sekali mempunyai RBL ini. Impian yang sudah lama dipendamkan dek kerana kekurangan wang yang diperlukan oleh kontraktor-kontraktor lainya.. Alhamdullilah berkat usaha dan pertolongan anak sulungnya mendapatkan pinjaman bank pertanian ditempatnya dan pertemuan dengan Pak Din ianya bakal menampakkan hasilnya..

Marilah kita bersama-sama berdoa moga usaha pak tani ini akan menemui kejayaan yang diharapkan...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments