Siri 4: Peneraju Pertama Industri Sarang Burung Layang-layang

Bermula dengan satu program kesedaran awam dijalankan di BERTAM, Pulau Pinang dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang Daerah, ianya kemudiannya dikembangkan ke banyak negeri lain sehinggakan pihak KEDA, Kedah juga berjaya menganjurkannya dengan bantuan Jabatan PERHILITAN. Seramai 40-50 orang orang kampung di bawah program PPRT juga telah dibuat. Setiap peserta dibekalkan dengan maklumat berbentuk poster dan brosyur bagi menyedarkan mereka tentang "bagus"nya industri ini kepada sesiapa yang memerlukannya.. 


Pada ppermulaannya program ini kurang mendapat sambutan dari orang ramai.. kerana pertamanya penganjurannya secara percuma menimbulkan was-was di kalangan orang ramai... Ramai yang bertanya betul ker?? setahu mereka tiada yang mahu atau sanggup memberinya secara percuma.. kalau biasanya dipasaran seseorang itu memerlukan sehingga ribuan ringgit untuk mengikutinya...mana mungkin pihak perhilitan menganjurkannya secara percuma???

Apa yang diperlukan cumalah pengalaman pihak pegawai jabatan PERHILITAN, hasil penyelidikan yang telah dijalankan dan sedikit peruntukan dari pihak kerajaan...untuk menyalurkan maklumat kepada yang berminat.. dan kesediaan pegawai-pegawai yang ingin membantu..TANPA MEMIKIRKAN PULANGAN UNTUK DIRI SENDIRI..

Ya itulah yang pihak Jabatan PERHILITAN sebagai peneraju industri tersebut sanggup lakukan... bagi membantu kaum bumiputera yang rata-ratanya punya sedikit wang, ingin menceburkan diri tetapi takut akan capai ke tidak kejayaannya... Terdapat beberapa orang yang punya pengalaman dan kemahiran serba sedikit telah mencubanya.....

Mereka diketengahkan oleh pihak PERHILITAN sebagai bukti dan kejayaan mereka membina rumah yang serba ringkas dan murah tetapi masih diminati burung layang-layang yang sudah bersarang didalamnya.. hingga sekilo sarang sudah pun diperolehi.. Mereka menjadi contoh bagi yang berminat .. bahawa bukan ratusan ribu diperlukan bagi memiliki serumah burung..tetapi sekadar 10K-15K juga boleh dibuat sebuah RBL...

Ini juga menunjukkan orang ramai terutama orang Melayu boleh menceburi bidang ini.. jika ada kemahuan. Pemilik RBL yang berharga murah (15K) di bandar Baru kini sudah boleh mendabek dada mengatakan mereka sudah berjaya sebab kini sudah mampu membina rumah dengan harga lebih tinggi dan canggih...

Berkat didikan dari pegawai-pegawai yang dedicated dari Jabatan PERHILITAN... mereka adalah antara yang telah berjaya maju kedepan..ALHAMDULLILAH
Bahan-bahan bacaan dan pameran yang di pertunjukkan kepada pihak orang ramai dalam setiap program kesedaran yang dianjurkan.. 

Sesi soal jawab diantara peserta kursus dan pihak penganjur selepas semua maklumat disampaikan..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments