Komen Pak Din....

Jawapan kepada Pertanyaan Peminat Blog Pak Din tentang artikel dalam Berita Harian 12 Julai 2011 (Agro) berkaitan dakwaan seoorang "doktor" mengenai  burung walit merupakan spesies yang berbeza dengan burung layang-layang gua yang Pak Din gunakan di sini..


Petikan Dari Artikel Dalam Web-site Jabatan Veterinar Selangor:


Beza burung walit dan burung layang-layang


Menceritakan mengenai burung walit, Fadzilah A’ini berkata, ramai yang masih lagi keliru.(Kenyataan yang mengelirukan? Siapa yang sebenarnya keliru??) Hanya segelintir sahaja yang tahu mengenainya dan itu pun di kalangan mereka yang terbabit dengan industri sarang burung. 


Sejak sebelum tahun 1950'an lagi burung layang-layang gua, edible-nest swiftlets (Aerodramus fuciphagus-nama saintifik-nama latin) telah diperlindungi dibawah ordinan burung-burung liar dan ia kemudiannya disenaraikan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 72/76 di bawah Jadual 4 (diperlindungi sepenuhnya) Pada tahun 1994 ianya disenaraikan sebagai burung liar yang diperlindungi bagi membolehkan industri sarang burung ini diceburi oleh orang ramai yang berminat. 


Nama burung walit hanya dikenali  setelah orang Cina mula menceburi  industri ini dengan giatnya dari Indonesia ke Malaysia di awal 1980'an/akhir 1970'an. Burung Layang-layang gua dan burung walit adalah spesies burung yang sama.. Jika ianya berlainan kenapa pihak yang mahu menjadi peneraju industri burung ini beria-ia mahu mengeluarkan burung ini dari senarai burung yang diperlindungi pada tahun lepas?? dan sanggup  berbuat apa saja bagi mengeluarkannya??

Kamus Dewan dan Istilah Veterinar yang dikeluarkan antara tahun 1980'an-1990'an juga menggunakan nama Layang-layang Gua bagi mengenali spesies burung ini. Cuba anda semak di dalam kamus-kamus tersebut..

Burung walit bukanlah burung layang-layang tetapi ramai yang beranggapan demikian disebabkan bentuk fizikalnya yang kelihatan seakan-akan sama.
 


Dalam  famili Apodidae: semua spesies dibawahnya dikenali dengan nama Layang-layang: Petikan dari" Wikipedia"-

"The swifts are a family, Apodidae, of highly aerial birds. They are superficially similar to swallows but are actually not closely related to passerine species at all; swifts are in the separate order Apodiformes, which they share with the hummingbirds. The treeswifts are closely related to the true swifts, but form a separate family, the Hemiprocnidae.
The resemblances between swifts and swallows are due to convergent evolution reflecting similar life styles based on catching insects in flight.
edible-nest swiftlets
burung layang-layang-Common swift
The family scientific name comes from the Ancient Greek απους, apous, meaning "without feet", since swifts have very short legs and never settle voluntarily on the ground, perching instead on vertical surfaces. The tradition of depicting swifts without feet continued into the Middle Ages, as seen in the heraldicmartlet."


“Jika diperhatikan, bulu burung layang-layang mempunyai warna merah di hujung dadanya berbanding burung walit yang hanya berwarna coklat gelap sekata,” katanya. 


Burung layang-layang mempunyai pelbagai warna - sila rujuk buku-buku burung yanag ada dipasaran..Contoh disebelah ianya juga dipanggil layang-layang yang punya warna seperti "the so called walit" Burung Swallow juga dipanggil layang-layang dalam bahasa Melayu, walaupun ianya di bawah famili yang berlainan. Tabiatnya juga sama, terbang di udara dan mencari makan dengan menangkap serangga semasa terbang. 

Beliau berkata, perbezaan kedua-dua burung ini boleh dilihat dari segi kelas, famili, order, bilangan spesies, habitat dan komponen sarangnya.
 

“Burung walit atau  nama saintifiknya Edible-nest swiftlet (Ini bukannya nama saintifik tetapi nama Inggeris) Nama saintifik adalah nama latin.... Mungkin Fadzilah A'ini ini tidak faham apa itu nama saintifik??? sila semak kamus!!!)  dari kelas Aves iaitu jenis yang ada bulu dan tulang MAMALIA JUGA ADA BULU DAN TULANG AS MANUSIA JUGA serta boleh terbang. Ia adalah daripada famili Apodidae dan order Apodiformes iaitu tangkas terbang di udara serta mempunyai jangka hayat sehingga 25 tahun( Fuyooooo...lamanya ada buat kajian ker ni??)
“Selain itu, bilangan spesies burung walit adalah lapan (Please check-betul ker?) dan habitatnya (apakah itu habitat ?? ) adalah jenis yang balik ke sarang (bukankah ini habit/lakuan burung???) dan menggunakan rembesan liur sebagai komponen sarangnya,” katanya. 
Menurutnya, burung layang-layang pula atau nama saintifiknya Swallow (Sebagai seorang doktor sepatutnya beliau lebih arif tentnang nama saintifik bukan??) juga dari kelas Aves. Ia adalah dari famili Hirudinidae dan order Passeriformes iaitu kaki mencengkam (bukankah burung walit juga punya kaki mencengkam?? untuk hinggap pada sarangnya dan dinding-dinding rumah dan gua???)

“Sebanyak 74 spesies burung layang-layang dikenal pasti dan kebanyakannya berhijrah serta bertenggek di rangkaian elektrik. (Betul ker??)
“Burung layang-layang membuat sarang guna rumput, ranting dan bulu,” katanya. 


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments