The Era Of Sungai Pahang - Kegemilangan Pra Sejarah Yang Masih Kaya...



Terletak ditepi Sungai Pahang, RBL ini masih dalam pembinaan. Mengambil masa kira-kira 1 bulan ianya menjadi tarikan kepada ramai bakal pengusaha kaum bumi..di sekitar Jerantut ini. Setiap hari ada sahaja pelawat yang datang tak kira Melayu juga Cina datang melihat pembinaannya. Dan tak kurang juga yang menyatakan minat untuk membina rumah burung di sini.. Alhamdullilah sudah banyak kesedaran orang kita mengenai industri ini sejak pembinaan rumah burung ini..

Oleh kerana pemiliknya juga seorang yang terkenal dikampungnya di sini.. maka berita pembinaan rumah burungnya juga tersebar luas..sehinggakan semalam beberapa orang guru juga datang menyatakan minat untuk membina rumah burung dikawasan sekolahnya untuk tujuan mencari pendapatan tambahan untuk sekolah mereka.. Cuma Pak Din terfikir... bolehkan ianya dilakukan di atas tanah milik kerajaan pusat??? Mengikut peraturannya kena dapatkan kebenaran dulukan? Entahlah..

Tetapi isunya ramai sudah yang berminat..

Kawasan ini menjadi tumpuan begitu banyak sekali burung layang-layang. Tempatnya ditepi Sungai Pahang dan sekitarnya kelapa sawit dan getah..mengundang begtu banyak burung mencari makan. Apabila dibuat "testing" WOW banyak sekali burungnya di sini.. Kelihatan banyak juga rumah burung di sini tetapi dengarnya banyak juga yang tidak dimasuki burung.. Itulah membina rumah dengan menghabiskan ratusan ribu ringgit tetapi tidak diminati burung..lebih kepada menceburi sesuatu tanpa mempelajari lakuan burung dan keperluan mereka... Merugikan bukan?
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments