Dalam Diam-diam Rupanya Rumah Ku Rupanya Berisi.Saya Ingatkan Jumlah 5K Yang dihabiskan - Tidak Digemari Burung

Seorang teman sepejabat Pak Din telah menceburi bidang ini dalam tahun 2009. Seperti orang lain..masa itu tengah hangat masing-masing inginkan sebuah RBL bagi masa tua... Jadi beliau juga telah memulakannya dengan meminjam duit   tekun..

Dengan membelanjakan sedikit sebanyak wang beliau telah mengubahsuai rumah usang yang telah lama dibiarkan kosong.. Pandangan Pak Din dan bantuan Pak Din diminta untuk pengubahsuaiannya.. Alhamdullilah banyak juga burung yang keluar masuk kesini pada masa itu.. tetapi disebabkan faktor pokok kelapa disekeliling..tiada yang berani tinggal lama di dalamnya...
Teman Pak Din mencuba dengan memtotong beberapa batang pokok di sekitar pintu masuknya.. Alhamdullilah ada yang menampakkan hasilnya dengan lebih banyak  yang masuk keluar..

Pelbagai usaha dibuat untuk burung tidur didalamnya tetapi masih tak ada burung yang tidur... lama kelamaan disebabkan banyak komitment lain yang perlu dijalankan setiap hari, rumah tersebut dibiarkan begitu sahaja... Masalah hangat-hangat tahi ayam...ermmmmmm 

Setelah sekian lama tanpa ku sedari sudah menjangkau 2 tahun,, semalam teman ku telah melawat RBLnya..entah apa mimpinya.. Alangkah terkejutnya beliau apabila dilihatnya begitu banyak burung yang sudah tidur didalamnya... dan sarang juga sudah ada...Oleh kerana terlalu gembira semalam juga beliau menalipon Pak Din..menyatakan khabar gembiranya.. dan meminta Pak Din datang melihat dan membantu memberi khidmat nasihat bagaimana untuk beliau membuat "management" rumahnya...

Pak Din kata insha Allah tetapi Pak Din sekarang berada di Kuala Lumpur dan akan menuju ke ipoh dan Teluk Intan kemudian ke Raub dan Jerantut dan Kemaman..insha Allah dalam sehari dua akan balik ke Yan... Begitulah rezeki masing-masing tidak mengenal sesiapa..Nasihat Pak Din buatlah pengurusan rumah dengan baik, takut ada gangguan lipas dan cicak yang boleh menyebabkan burung berpindah semula ketempat lain...sayang nantikan??

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments