Setelah sebulan Menunggu Kini Impian Hampir Menjadi Kenyataan...


19 Julai 2011 pembinaan berjalan lancar




Pembinaan rumah burung ku ini telah dimulakan pada 28 Jun 2011 dan kini sudah hampir sebulan ianya bakal disiapkan dalam masa terdekat. mengikut Pak Din pelancarannya akan dibuat sebelum bermulanya bulan Ramadhan. Tetapi kita merancang Allah yang menentukannya.. Insha Allah Pak Din akan cuba sedaya upaya.. Kalau mengikut perancangan terdapat 3 buah rumah lagi yang bakal dilancarkan.. Tetapi kesemuanya masing-masing punya halangan-halangan tersendiri di mana ianya tidak dapat dipercepatkan. Di Kemaman Pak Din menunggu kemasukkan tenaga letrik, di Jerantut Pak Din menunggu bayaran akhir, di Tanjung Piandang Pak Din masih mencari masa untuk kesana..Insha Allah akan cuba disiapkan hari ini atau besok.. dan di Teluk Intan ini Pak Din masih menunggu pekerja "wiring" untuk datang memasang sambungan letrik dan pemasangan twitter.. 
24 Julai 2011 bahagian bangunan luaran siap dibina dan hanya bahagian dalaman dan pintu akan disiapkan dalam minggu ini.
Begitulah apa yang sedang dilakukan oleh Pak Din bagi memenuhi permintaan semua pelanggan Pak Din.. diharap masing-masing dapat bersabar menunggu giliran...tetapi janji Pak Din semuanya akan disiapkan secepat mungkin...Insha Allah

Semalam Pak Din ke Tongkang Pecah berjumpa pelanggan baru, Pagi hari ini Pak Din ke Jerantut memeriksa pemasangan twitters dan speakers dan alatan kawalan hawa dan humiditi dan petang akan ke Tg Piandang  memeriksa alatan humidifier dan amplifier... ADUH LETIHNYA..TAPI APABILA SEMUANYA DAPAT DISELESAIKAN...DAN BURUNG JUGA MULA MASUK...BERSAMA PEMILIK RUMAH PAK DIN AKAN MERASA KEGEMBIRAAN MEREKA..IMPIAN SUDAH HAMPIR TERCAPAI..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments