Antara Burung Layang-layang Gua dan Burung Walit

Semalam Pak Din menerima panggilan dari salah seorang teman yang bertanyakan tentang kedua-dua istilah ini.. Katanya ada dikeluarkan dalam salah satu article di media tempatan mengatakan ianya merupakan burung yang berbeza...Pak Din bertanyakan isteri Pak Din yang lebih arif tentang spesies ini kerana beliau sudah lama berkhidmat di dalam jabatan yang satu masa dulu merupakan penjaga kepada burung-burung ini..

Untuk pengetahuan semua.. apa yang dikatakan oleh beliau burung ini telah lama berada di bawah Akta Perlindungan Hidupan liar  72 Akta 76. Diwujudkan dengan menyenaraikan burung ini di bawah JADUAL 4 IAITU Diperlindungan sepenuhnya di mana tiada sesiapa boleh menyimpan atau memeliharanya. Nama Layang-layang gua telah digunapakai lebih lama dari itu..iaitu dalam tahun 1950'an lagi.. Semua kamus-kamus dewan, kamus dwi bahasa dan lain-lain keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan nama layang-layang gua sebagai nama yang telah lama diterima pakai oleh semua. Walaubagaimana pun sejak tahun 1994 ? burung ini telah dikeluarkan daripada senarai diperlindungi sepenuhnya bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menjalankan industri ini dengan membina rumah burung sebagai tempat mereka bersarang. Burungnya tidak dibenarkan ditangkap atau dipelihara bagi menjamin kesenimbungan spesies survivalnya..

Sarangnya hanya dibenarkan untuk dikutip selepas anak burung sudah boleh terbang. burung, anak , telor tidak dibenarkan untuk dikutip maupun dijual kerana ini bagi memastikan ianya masih boleh hidup bebas...

Manakala nama burung walit hanya diguna pakai oleh pengusaha industri burung ini .(orang Cina pada awalnya kerana hampir keseluruhan pengusaha mendapat ilmu dari indonesia yang lebih lama menceburinya. Malaysia hanya menggunakan nama ini secara RASMI??? atau TAK RASMI?? DENGAN MENIRU NAMA YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK INDONESIA dan bagi mengelakkan ianya dipertikaikan oleh pihak sana ejaannya ditukar mengikut versi Malaysia..

Terdapat pihak yang mengatakan burung ini yang tinggal di rumah-rumah sebagai burung domestik..seperti ayam kampung.. suatu dakwaan yang agak DUNGGU..dan BODOH kerana satu-satu spesies burung yang dikategorikan sebagai burung liar tidak akan menjadi burung domestik dengan semata-mata bertukar tempat tinggal atau habitatnya.. Ayam kampung mendapat nama demikian setelah menjalani pelbagai kacukan dan hybridisation dan berpuluh malahan ratusan/ribuan tahun sebelum ianya menjadi ayam kampung...

Jadi burung Layang-layang Gua adalah burung yang sama dengan burung walit..dan ikutlah apa nama yang suka digunakan yang pentingnya nama saintifiknya adalah sama... PAK DIN LEBIH SUKA MENGGUNAKAN BURUNG LAYANG-LAYANG GUA KERANA IANYA SATU NAMA YANG MENUNJUKKAN IANYA BERASAL DARI GUA SATU MASA DULU dan ianya merupakan satu nama yang telah lama digunapakai oleh orang tua-tua kita sejak zaman berzaman.. dan mempunya sejarahnya yang tersendiri.. MENGAPA PERLU KITA MENGAMBIL NAMA DARI NEGARA LAIN..sedangkan nama kita sendiri sudah ada??????? TAK percaya SEMAKLAH DALAM buku UNDANG-UNDANG DAN ORDINANCE YANG SUDAH LAMA WUJUD..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments