Siri 3: Peneraju Industri Sarang Burung Layang-layang Gua Dalam Kenangan...

Pada satu masa dulu rumah burung layang-layang menjadi seperti TABOO kepada orang ramai.. hinggalah pihak JABATAN PERHILITAN menunjukkan ianya boleh dimasuki dengan cara yang betul. Kajian populasi melalui "Capture n Recapture" yang dijalankan di Pulau Redang, Terengganu menunjukkan burung-burung ini boleh ditangkap dan dilepaskan dengan cara yang betul dan burungnya masih boleh masuk semula ke rumahnya tanpa apa-apa masalah.

Selepas menjalankan kerja-kerja tangkapan di Pulau redang, pihak Jabatan sekali lagi telah membuat kajian yang sama di sebuah rumah burung di Bentong, Pahang; milik seorang jutawan sarang burung layang-layang yang berbesar hati memberi peluang kepada pegawai dari Jabatan PERHILITAN menjalankan kajian terperinci berkaitan industri sarang burung ini.. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Mr John.. 

Jabatan PERHILITAN telah menjalankan pelbagai jenis kajian terhadap rumah burung ini termasuk saiz sarang, kajian populasi, kajian lakuan, kajian habitat micro dalaman rumah, kajian pembinaan sarang dan bermacam lagi.. Di bawah pemantauan Pengarah Penyelidikan dan Pengurusan yang kemudiannya bertukar menjadi Pengarah Bahagian Konservasi Biodiversiti ketika itu (2004-2008), pelbagai kajian dan lapuran telah dapat disediakan sehinggalah pada RM Ke 9 sebanyak RM...Juta telah diluluskan dalam kajian industri Sarang Burung Layang-layang ini.

Berikutan dengan kelulusan peruntukan tersebut.. pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak jabatan  PERHILITAN, disegi kajian dan akhirnya bantuan pada orang ramai yang berminat pada industri ini...Walaupun seringkali dikatakan "Layang-layang Putus Tali".. ianya tetap berjalan lancar dengan setiap bulan 1-3 program kesedaran awam kepada pihak-pihak yang memerlukan telah dianjurkan bagi memberi kesedarann pada orang ramai..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments