Siri 2: Peneraju Industri Sarang Burung Layang-layang Gua..Dalam Kenangan

Industri sarang burung layang-layang ini merupakan salah satu industri yang punya "glamour". Satu masa dulu ketika mula-mula berjinak dengan industri ini.. Satu seminar kebangsaan telah dianjur bersama antara Jabatan PERHILITAN dan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.. Ketika itu hanya segelintir sahaja dikalangan ratusan peserta yang berbangsa Melayu..Apabila diumumkan di dalam media massa...tak ramai yang berminat... Salah satu sebab orang Melayu tidak berminat ialah status halalnya masih tidak diketahui di samping harg pembinaan rumahnya yang amat mahal sekali..ratusan malahan jutaan ringgit...

Sebelum  itu pada tahun 1995 isteri Pak Din sudah pun mula menceburi bidang ini dengan menjalankan kajian populasi burung ini di Pulau Redang, Terengganu, satu-satunya lokasi yang masih punya sarang burung ini. Ianya diusahakan oleh penduduk tempatan yang mendapat tender mengambil sarang burung tersebut.. Dengan kerjasama pengusaha tempatan di sana... Jabatan PERHILITAN telah dapat menjalankan kajian terhadap populasi burung ini...melalui "capture n recapture" atau tangkap lepas dan tangkap semula...

Inilah permulaan kajian secara saintifik dijalankan dan ianya menunjukkan bahawa burung ini boleh di'ganggu" melalui tangkapan dan lepas semula... menjadikan "tanggapan orang Cina pada ketika itu yang burung ini tidak boleh diganggu dan rumah mereka tidak boleh dimasuki.." adalah tidak benar.. Burung ini jika di "handle" secara betul tidak  merasa "terganggu" semasa kajian dijalankan. Ini dibuktikan dengan tangkapan demi tangkapan dapat dibuat disepanjang kajian selama seminggu. Dan tangkapan juga mendapati burung yang sama dapat ditangkap semula 2 tahun kemudiannya..Pengecaman akan tangkapan semula burung ini dibuat melalui pendaan "gelang khas" dikakinya..

Pemerhatian juga mendapati burung-burung inii membuat sarang didepan pintu gua, di mana keadaanya terang benderang.. jika ingin membaca surat khabar pun tak menjadi  masalah.. Ini juga membuktikan rumah burung yang kita bina tidak memerlukan suasana yang terlalu gelap hingga kita tidak dapat melihat apa-apa di dalamnya...Terdapat satu spesies lagi yang mendiami kawasan dalaman gua yang gelap iaitu layang-layang padi.. atau black-nest swiftlets.. dimana sarangnya diperbuat dari bulu dan dicantumkan dengan air liurnya.. 

to be continued...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments