Rumah Atas Rumah.. Menarikkan?


Ini adalah gambar lama yang Pak Din ambil ketika membina RBL di BESUT tahun lepas.. RBLnya dibina diatas rumah pemiliknya...bila Pak Din amati...amat unik sekali..ianya dibuat setingkat saja.. tetapi jika diteliti betul-betul boleh dilihat lubang angin yang dibuat dalam dua deretan atas dan bawah.. disekelilingnya punya lampu yang dipasang disekeliling tapak rumah burungnya..bagi mengelak burung hantu mungkin.. atau menjadikan suasana dalamannya tidak terlalu gelap yang bakal menyukarkan burung bergerak didalamnya...

Jika anda kurang arif akan tabiat burung ini mereka bergerak menggunakan gelombang.. jika dalaman rumah kita punya bunyi yang dimainkan di dalamnya ia menjadi panduan kepada arah tuju burung bergerak.. Itulah sebabnya burung apabila masuk kerumah mereka akan memilih tempat-tempat berhampiran dengan twitter/speaker. kerana ia seperti menunjukkan arah untu k mereka tuju.. RAMAI YANG BERTANYA KENAPA BURUNG SUKA BERSARANG DI TEMPAT-TEMPAT YANG ADA SPEAKER.. ITULAH JAWAPANNYA..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments