RBL Belum siap, Burung Sudah Mula Masuk Kedalamnya..

RBL yang terletak di Selancar, Pahang ini masih belum siap sepenuhnya tetapi Alhamdullilah beberapa ekorr burung sudah mula menjenga kedalamnya.. Walaupun terpaksa ber"lawan" dengan sang burung hantu... tetapi sudah ada burung yang berani memasukinya.. baru seminggu RBLnya dibunyaikan sebagai percubaan.. tetapi sudah ramai burung yang singgah dan berlegar di kawasan atas RBL ini..

Masalah RBL  ini ialah terdapatnya banyak pokok disekelilingnya yang lebih tinggi dari RBL ini.. Dan ditepi pintu masuknya terdapat sebatang pokok durian yang tengah berbuah dan menanti gugur buahnya... Ermm pemiliknya ingin menanti buahnya masak dan gugur dulu sebelum ianya ditebang....

Tiang yang punya papan diatasnya digunakan oleh pemiliknya untuk menutup pintu  masuk ke dalam rumahnya.. Setiap petang pemiliknya terpaksa menutup pintunya sebelum burung hantu terlebih dulu masuk dan menginap di dalamnya.. dan setiap pagi seawal 6.30 pagi selepas subuh sipemiliknya terpaksa membuka pintu masuk itu untuk memberi peluang pada burung layang-layang menjengahnya... INOVASI SI PEMILIKNYA BERPERANG DENGAN SI BURUNG HANTU.. Apa nak dibuat lapuran sudah dibuat pada pihak berwajib.. masih menanti tindakannya...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments