Putih Bersih dan Indah Berseri.....Memberi Ketenangan Pada Yang Melihatnya....


RBL sebegini kerap juga ditemui disepanjang perjalanan Pak Din semasa melawat projek... dari Kedah ke Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.. Mungkin kontraktornya sama jer? entahlah...Lubang-lubang udaranya disusun kemas dan cantik.. memberi suasana samar-samar di dalamnya..Tidak terlalu gelap dan memudahkan burung-burung terbang di dalamnya walau tanpa panduan bunyi... 

Mungkin kita juga boleh mencuba membuatnya sebegini..tetapi kosnya tentu agak mahal kerana upah pekerja mahir sebegini  mesti mahal. Dengan kenaikan tarif elektrik dan air di sana sini.. harga bahan binaan kini melambung tinggi.. Harga simen sahaja sudah naik dari RM16.00 kepada RM 17.00-18.00. Begitu juga dengan pasir se ela sudah naik dari RM4-10.00. Besi juga dikatakan akan meningkat lagi... Bagaimana ya nak buat rumah kos rendah?? dengan bermodalkan RM20K ke 30K.. sudah tak mampu Pak Din nak membinanya.. Kalau dikecilkan rumah lagi.. nanti burung tak selesa pula..untuk masuk dan menginap didalamnya.. Untuk menggunakan bahan-bahan murahan lain... tak tahan lama pula kesihan pada pemiliknya...Itulah dilema kita... yang ingin turut menceburi bidang industri ini..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments