Pintu Utama....Besar Memudahkan Burung Masuk .- Seperti Gua. . Lokasi di Kuala Kerai



Pelbagai bentuk dan saiz pintu masuk yang dibina oleh kontraktor-kontraktor rumah burung, bergantung pada permintaan pemiliknya.. Ada yang besar, dan ada yang kecil.. Ada yang membuka 1,2,3,4 pintu bergantung pada lokasi. Jika lokasinya dikelilingi oleh banyak pokok pintu masuk yang terbaik dibina menghala ke kawasan lapang kerana jika menghadap ke pokok ianya sia-sia sahaja kerana burung akanmerasa takut untuk masuk kedalamnya kerana burung hantu, helang atau lain-lain akan hinggap di dahan-dahan berhadapan pintu masuk sambil menunggu mangsa....si burung layang-layang terutama anak-anak burung yang baru belajar terbang.. YANG LEMAH AKAN MENJADI MAKANAN PADA YANG KUAT.. ITULAH LUMRAH ALAM..

Jika kita membuka banyak pintu..satu kelebihannya ialah kita memberi peluang kepada si burung memilih pintu masuk yang disuakinya.. tetapi beringatlah jika kita sudah tahu mana pintu yang disukai mereka tutuplah yang lainnya... jika tidak burung-burung ini akan mula bermain-main di sini..masuk satu pintu dan mereka akan keluar mengikut intu lagi satu..ini akan melambatkan burung masuk kedalam rumah.. Jadi fikir-fikirkan lah apa yang terbaik......

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments