Nenasi..Pekan Baru Bagi Pembinaan Rumah Burung...


Ketika melalui pekan Nenasi terkejut Pak Din melihat bangunan-bangunan baru yang dibina bagi memanggil burung datang mendiaminya.. WOWWW jika dilihat ditepi-tepi jalan ianya kurang jelas.. Tetapi dibelakang-belakang rumah yang ada terdiri begitu banyak rumah-rumah burung, mengalahkan rumah-rumah manusia..

Kelihatanya seperti ada semacam ekopark disepanjang jalan tersebut.. RBLnya bukan jenis kecil-kecilan tetapi HUGE....BESAR BESAR..
Dengar cerita semua rumah-rumah yang besar-besar di sini milik pengusaha dari Singapore  yang memajak tanah-tanah disini..adakah pemilik tanahnya orang bumi?? dengar cerita begitulah...orang-orang kita masih kurang celik lagi..kerana jika sebesar rumah-rumah ini entu nya sehingga ke anak cucu sewaan/pajakannya kan?
Mungkin Ya mungkin juga takkan??
 hanya pemilik tanahnya saja yang tahu..
Tetapi jikalau ya..alangkah malangnya
 bagi anak cucu pemilik tersebut kerana mereka kelak bakal hanya dapat melihat pengusaha-pengusaha ini mengutip hasil mereka yang jutaan ringgit..

Walaubagaimana pun sejak setahun lepas sudah ramai yang celik akan industri ini dan kini sudah ramai yang membina RBL mereka sendiri. Walaupun hanya kecil saja.. tetapi mereka sudah pun mula mengutip hasil kerana limpahan dari rumah-rumah yang besar-besar tersebut.. banyak anak-anak burung yang dihasilkan dirumah-rumah tersebut keluar mencari rumah-rumah baru..mungkin kerana rumah-rumah tersebut tidak  diurus dengan baik.

Rumah-rumah ini setengahnya dibina berhampiran antara satu sama lain..sudah 6-10 tahun dulu...

Jika anda melalui jalan raya dari rompin ke Pekan.. akan kelihatanlah rumah-rumah giant ini bersusun-susun dibelakang-belakang rumah-rumah orang Melayu yang tidaklah semewah rumah-rumah ini... 

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments