Nasihat Buat Pemilik RBL ini...

Berita menggembirakan dari pemilik RBL ini.. setelah berusaha gigih membina RBL ini merasmikan pembukaannya di pertengahan tahun 2010..ianya kini sudah mendapat pulangan yang agak baik..bukan disegi tuaiannya tetapi disegi hasil pembinaan sarang burungnya.. Alhamdullilah..

Beberapa minggu lepas pemiliknya menalipon Pak DIn bertanya apakah sarangnya sudah boleh dituai??? Pak Din bertanya dah berapa sarangnya..katanya lebih kurang 30 yang dah matang (siap dibina dan anak sudah pun terbang) dan lebih kurang 60 sarang dalam pembinaan... Syukurlah!

Tetapi nasihat Pak Din jika masih boleh bertahan dan hutang ban masih tak begitu mendesak... biarkanlah dulu burung-burung itu bersarang dan menetaskan dan membesarkan anaknya dengan selesa dulu.. Kerana  kesabaran ini akan membuahkan hasil yang lebih lumayan. Ini adalah mengikut pengalaman isteri Pak Din  (25 tahun dalam kajian burung), sarang ini jika dibiarkan, akan memberi peluang si burung bertelor dan membesarkan anak lagi dalam musim yang sama.. mungkin 2-3 kali dalam musim tersebut. kerana mereka akan cuba membesarkan anak seberapa banyak yang mungkin dalam sesuatu musim.. Kerana ini juga tabiat alam.. burung ini takkan dapat membesarkan semua anak-anak mereka  dengan selamat dalam sesuatu musim.. Allah memberikan keupayaan kepada mereka membiak sebanyak mungkin dengan harapan seeko atau lebih anak mereka akan dapat menyambung zuriat mereka di kemudian hari kelak....Wallualam...

Jadi bersabarlah..tetapi jika teringin sangat nak rasa sarang burungnya Pak Din cadangkan tandakan sarang yang telah lama itu dan tengokkan berapa kali mereka membiak..dan bagi yang terakhir anak yang dibesarkan..dan jika tiada tanda2 mereka akan bertelur lagi..ambillah sarang tersebut untuk dimakan.. kalau nak jual pun sipanlah dengan baik kerana jika dalam keadaan kering ianya dapat bertahan hingga 5-10 tahun.. tanpa berkulat.. Insha Allah..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments