Masalah Burung Hantu Menggangu RBL...

Masalah burung hantu di kawasan tanaman Kelapa sawit banyak berlaku dan ramai pengusaha rumah burung mengeluh kerana ia menjejaskan kemasukkan burung kerumah masing-masing. Dulu ada yang merunggut habis burung-burung mereka dimakan sang burung hantu dan ini membuatkan burung yang sudah mula tidur dan bersarang didalam rumah burung ini takut untuk masuk kedalam rumah burung mereka..

Apa yang boleh kita buat?? Adulah kepada Jabatan PERHILITAN yang terdekat, setiap daerah di setiap negeri punya pejabat PERHILITAN atau adulah kepada pejabat PERHILITAN Negeri.. Kerana burung-burung ini di kawal di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 716/2010. Atau lawati laman sesawang rasmi pada www.wildlife.gov.my at e-aduan/e-complaiant. pak Din percaya mereka akan datang membantu.. melalui tembak halau atau tangkap pindah...

RBL ini mengalami masalah yang sama..pemiliknyanya telah mencuba menutup pintu masuk ke dalam rumah ini..tetapi ianya perlu dilakukan secara berhati-hati kerana sebaik sahaja hari mula gelap burung hantu akan masuk dan bermalam di dalamnya.. Kita perlu lebih cekap dari siburung hantu..kerana masa untuk menutup pintu masuk tersebut perlu  mengambil kira waktu kemasukkan burung layang-layang..silap haribulan kedua-dua spesies tak dapat masuk kedalamnya..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments