LUAHAN HATI...Pengalaman Pedih yang Sekali Sekala Menjadi Menu Pak Din..

Setelah sekian lama tidak menerima nasib yang malang ini.. Pak Din sekali lagi dihantui dengan pengalaman yang amat menyakitkan ini... Pak Din ingin berkongsi kisah pedih ini bersama-sama teman-teman yang berkecimpung dalam industri ini...

Seorang teman telah meminta Pak Din membina RBL beliau.. dengan duit yang "limited" tetapi menginginkan sebuah rumah yang agak besar.. 20'x40'x2 tingkat dibelakang rumahnya yang merupaka lokasi di mana sebelumnya dibina tapak kolam ikan tetapi tidak menjadi.. Setelah dibincangkan berkali-kali dan dengan perbelanjaan yang banyak kerana pergi balik ke rumahnya..akhirnya Pak Din bersetuju untuk membantu beliau membina RBLnya. dengan persetujuan tak bertulis dengan kos pembinaan RM .......K

Alhamdullilah semuanya berjalan lancar.. payment pada masa itu adalah lebih kurang RM.....K.. dan yang tingga cuma dalaman saja..perjanjian asal rumahnya tanpa "plaster" kemudian diminta plaster dengan janji akan dibayar tambahannya...  Walaupun bayaran dalamannya dan kos "consultancy" belum dibayar Pak Usahakan juga untuk menyiapkannya dengan beberapa kelemahan yang Pak Din tahu dan berjanji akan disiapkan apabila bayaran penuh dibuat..INSHALLAH..TAK PERNAH LAGI PAK BUAT "TAHI" dan rumah yang dibina tak disiapkan. (Mengikut persetujuan asal).

Tetapi beberapa minggu yang lepas Pak Din telah menghantar beberapa orang pekerja bagi memasang "exhaust Fan" bagi mengurangkan suhu dalamannya.. apabila tuan rumah berjanji akan membayar baki wang yang belum dibayar... Tetapi Pak Din menerima berita yang amat menyedihkan dari pihak pekerja.. Katanya Tuan Rumah komplain kerja-kerja yang dibuat tak elok dan beliau takkan bayar balance hutangnya sebanyak RM13K dan akan menyaman PAK DIN. Berdesing telinga Pak Din mendengarnya..Rupanya beginikah orang yang Pak Din nak bantu?? Hai..YA ALLAH.

Pak Din berbincang dengan isteri Pak Din.. biarlah... dari Firasat Pak Din dan isteri.. beliau takkan membayar duit baki hutang tersebut WALAU apa pun yang Pak Din lakukan... (Mungkin duit loannya sudah pun dihabiskan..)  Menyiapkan apa yang belum siap dan perbetulkan apa yang kurang..  Apabila keputusan diambil segala panggilan dan SMS tak lagi dilayan... APA GUNAKAN??

Kemudian sampailah pula SMS mengatakan beliau akan menyaman Pak Din..kerana buat kerja tak sudah dan tak memuaskan.. APA DAYA PAK DIN tunggu sajalah SAMANNYA..Mungkin Pak Din pun boleh saman semula hutangnya tak dibayarkan? entahlah itu semua MENGHABISKAN MASA SAJA..

JIKA HENDAKKAN RUMAH YANG BERKUALITI tinggi seperti yang dibina oleh kontraktor China yang membina RBL dengan kos ratusan ribu dan jutaan ringgit.. usahlah mencari Pak Din dan meminta dibina RBL murah.. Pada Pak Din murah atau mahal tak menjadi hal asalkan RBL kita  dimasuki burung dan burung tidur di dalamnya dan seterusnya bersarang dan mengeluarkan hasil pada pemiliknya..jika nakkan rumah yang canggih mungkin lepas tu binalah rumah ratusan ribu pulakkan?

Semalam Pak Din terkena..pemiliknya menukar no tel dan memanggil Pak Din.. nak tak nak kenalah didengari maki hamunnya...ADUHHHH SERIK RASANYA bila TERKENA sebegini..

ALHAMDULLILAH dalam ramai-ramai pengusaha yang ditemui taklah begitu peelnya.. SYUKUR kepada Yang Maha Esa.. masih ramai lagi yang berterima kasih dan bersyukur..DAN MENJADI TEMAN SEPERJUANGAN WALAUPUN TELAH LAMA BERURUSAN.....

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments

SALAM,

Sabarlah Pak Din...begitulah ujian hidup kpd yg jujur dlm dunia yg penuh dgn manusia2 yg berfikir pendek. Saya pon pernah terkena, bukan sekali..tp byk kali...& saya tak halalkan sehingga di akhirat nantilah berbicara semula di hadapan Allah yg Maha Adil, dihari penyesalan bagi yg menganiaya sesama manusia walau 1 sen hutang tak bayar...
Tapi alhamdulillah, rezeki Allah dtg pula dr sumber yg lain... Itulah kekayaan Allah, tiada bertepi.
Unknown said…
Wasalam fahariman,

tterima kasih diatas segala kata-kata nasihat dan semangat yang diberikan.. pak Din juga merasa demikian, takkan dihalalkan walau sesen pun hutang yang tidak dibayar..
tetapi seperti yang dikata walau pun ramai yang tak membayar hutang atas pelbagai alasan.. rezeki Pak Din tetap ada tetapi kini lebih berhati-hati jika wang tak dibayar..rumah takkan disiapkan. pekerja akan ditarik balik secepat yang boleh kerana kita juga perlu berusaha supaya kita taklah selalu terkena kan?
Pak Din doakan supaya sesiapa yang menginaya akan menerima pembalasan "cash" di dunia ini..Insha Allah
Bagi yang telah selesai membayar..insha ALLAH KITA BERSAMA-SAMA menjayakan impian kita..