Kuala Kurau Dalam Kenangan...

Beginilah pemandangan rumah-rumah nelayan di tepi Sungai Kurau satu ketika dulu, dipenuhi dengan rumah-rumah yang usang dan daif sekali... tetapi taklah semuanya begini..kini hampir kesemuanya sudah ditinggalkan dan mungkin dijadikan pelantar untuk memproses barangan laut yang dibawa balik kerumah. Satu ketika dulu dalam tahun 1980'an terdapat sebuah ferri yang beroperasi disini bagai mengangkut orang ramai yang ingin menyeberangi Sungai Kurau ini untuk keseberang yang hanya beberapa meter sahaja. Isteri pak Din juga satu ketika dulu terpaksa beratur menunggu giliran untuk menaiki ferri tersebut apabila terpaksa menyeberangi sungai ini.  "Teringat juga ketika itu apabila angin kuat  dan air sedang mau pasang penuh, begitu siksa sekali pemandu bot untuk memandu bot keseberang.. Asyik terbabas juga dari masa 5 minit menyeberang menjadi 10-15 minit...begitulah susahnya penduduk disini nak kepasa pun terpaksa menunggu bot yang kadang-kadang bila tiada kereta atau motoryang menunggu untuk menyeberang...kenalah tunggu 1/2 jam atau lebih.. Nasib baik juga bila menggunakan kenderaan jabatan kami diberi priority" kata isteri Pak Din..

Alhamdullilah setelah lebih 15 tahun tak kesini.. banyak sudah perubahan yang dibuat.. Dulunya kerajaan Barisan Nasional telah membina sebuah jambatan yang menyambungkan penduduk diseberang dengan pekan Kuala Kurau..tetapi agak jauh dari rumah-rumah mereka yang berada di sebelah sungai.. bagi yang berkenderaan terpaksa mengambil masa yang lama dan jauh untuk menyeberang..Minyak pun banyak kena pakai, nak berjalan..ohhhh jauhnya.. entah idea siapa??? Oleh itu penduduk masih menggunakan ferry buruk untuk menyeberang.. Alhamdullilah ianya tidak dihentikan perkhidmatannya..

Apabila Pak Din datang kesinii hari Sabtu lepas, terkejut juga isteri Pak Din melihat satu lagi jambatan yang lrbih dekat dan pendek telah siap dibina.. Apabila ditanya pengusaha gerai Kari Ikan Sembilang di situ..katanya itulah jambatan Kerajaan PR yang dibina dalam masa pendek mereka memerintah... Alhamdullilah ada juga jasa mereka kepada penduduk di sini..
Mungkin itulah syarat kemenangan mereka dulu di sini..janji membina sebuah jambatan yang lebih mendatangkan  manafaat kepada penduduk tempatan.. lebih dekat dan praktikal dari sebuah lagi jambatan yang siap dibina dalam tahun awal 2000'an dulu..

Apa yang memeranjatkan isteri Pak Din juga terdapat begitu banyak RBL yang dibina di seberang sungai Kurau tersebut.. Boleh dikatakan setiap rumah penduduk punya sebuah RBL. Lokasi yang menarik dan bersesuaian bagi sang burung membuatkan setiap rumah telah berjaya....Alhamdullilah.. tetapi sedihnya tiada bumi yang tinggal disini semuanya  non-bumis.... Moga satu hari mereka juga membuka mata untuk sama-sama mencari rezeki dari Yang Maha Esa di sini....

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments