Balai Bomba Kuala Kurau, Perak- Berpotensi Menjadi Bird House-cum-Balai Bomba??


Ketika Pak Din dan isteri berhenti digerai makan di Pekan Kecil Kuala Kurau untuk menunggu pelanggan baru bagi membina RBL baru di Tanjung Piandang, Pak Din dan isteri memerhati di sekeliling yang banyak di huni dengan burung layang-layang gua yang berterbangan di udara sementara nak masuk kerumah masing-masing di sini.  Ramai sekali burung-burung yang sibuk berbunyi, sedap  kedengarangan di telinga..bagaikan satu nyanyian  "duit-duit-duit"..

Terdapat banyak RBL disini yang dibina di atas rumah kedai sediada yang kelihatan agak usang... yang barunya hanya rumah burungnya yang kelihatan agak seragam....mungkin pembinanya orang yang sama.. Sambil mendongak kelangit memerhatikan gelagat sang burung yang berkejaran antara satu sama lain..Yang paling Menariknya mereka keluar masuk ke bangunan ballai bomba yang jika anda bayangkan ianya agak terbuka dan lapangkan? MEREKA TERBANG KELUAR MASUK -KELUAR MASUK...dengan riang sekali..berkicauan.. Terbayang Pak Din..jikalah balai bomba ini diubah suai sikit ajer..pasti mereka akan terus hinggap di dalamnya dan tidur serta bersarang disitu..

Ketika menunggu...datanglah KARI SEMBILANG YANG AGAK TERKENAL DI SINI.. Isteri pak Din telah berkunjung di sini sejak tahun 1983 lagi menjalankan kerja-kerja mengkaji burung-burung laut yang datang dari negara-negara di utara khatulistiwa seperti Cina Utara, Mongolia, Russia dan singgah di sini di musim sejuk (winter) mencari makan sementara menunggu musim sejuk berlalu iaitu dalam bulan April hingga Ogos setiap tahun.. Sehinggalah ketahun 2008, beliau mengunjungi kawasan kerian ini menjalankan penyelidikan burung.. dan gerai-gerai di sini menyediakan juadah ISTIMEWA.."KARI IKAN SEMBILANG"... seperti yang Pak Din katakan...sedapnya hingga menjilat jari.. tak payah order yang lain..cukup dengan nasi sambal belacan dan kari ikan sembilang.. Di sini dari sarapan pagi hinggalah ke makan malam akan adalah kari itu sepanjang hari...cuma kenalah cari kedai-kedai yang berlainan...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments