Tongkang Pecah Bakal Punya Pengusaha BUMI Rumah Burung Yang Baru


Terletak dipinggir ladang kelapa sawit di sebuah penempatan FELDA di Johor, sebuah tapak sudah pun disediakan bagi pembinaan sebuah RBL yang dicadangkan bersaiz 30'x50'x3 tingkat.. Milik seorang teman baru di Tongkang Pecah, Johor dan terletak disebelah rumah orang tua beliau.. Tidak kelihatan RBL di sekitar kawasannya ini kecuali di pekan kecil Tongkang Pecah..Insha Allah ianya bakal menjadi sebuah RBL yang berpotensi..

Beliau telah lama berminat dengan industri ini sejak adik iparnya yang berada di Sarawak, telah membian RBLnya di sana telah menunjukkan hasilkan yang lumayan.. Tapak rumah beliau juga tidak urang potensinya. Semasa lawatan Pak Din ke sini.. berpuluh ekor burung telah kelihatanberlegar di atas kepala..tanpa dipanggil datang menunjukkan diri mereka....ALHAMDULLILAH..

Mengikut pengamatan teman baru itu lokasi pilihannya mempunyi burung yang banyak, setiap hari tidak kira petang mau pun pagi banyak sekali burung yang datang mencari makan dan minum di talian air berhampiran tapak RBL beliau.. Terdapat sebuah kawasan lapang berumput yang menarik mereka datang kesini mencari makanan..

Beliau telah pun mendapat kelulusan pinjaman dari Bank Agro..moga sebahagian pinjaman disimpan bagi membayar balik untuk tempoh sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 tahun..supaya tiada tekanan terhadap beliau membayar balik sebelum RBL beliau mengeluarkan hasil yang dapat di tuai..INSHAALLAH.

Comments