Satu Persoalan Kepada Pak Din Minggu Lepas...

Minggu lepas salah seorang teman kita di blog menalipon Pak Din dan bertanya... PAPAN PEMBIAKAN DALAM RBL SAYA BERKULAT, KENAPA PAK DIN? BAGAIMANA NAK HILANGKAN KULAT TU???

Kenapa berkulat?? Pertamanya rumah kita terlalu lembap.. Relative humiditi (RH) dalaman rumah mungkin agak tinggi, mungkin melebihi 90%??  Anda boleh periksa terdapat pelbagai jenis meter yang boleh mengukur kelembapan tersebut.  lLetakkan di kawasan yang berkulat tersebut..anda akan dapat membaca relative humiditiya. Ia akan menunjukkan terdapat terlalu banyak air di udara dalam rumah anda.. Ketinggian kandungan air mungkin disebabkan terlalu banyak air yang dikeluarkan oleh humidifier anda..mungkin ia punya kipas yang mengeluarkan air/kabus yang kasar-kasar.. Untuk mengelakkan airnya terlalu banyak.. tukar kipasnya, dan kurangkan masa pengeluaran kabusnya. Gunakan satu alatan automatik yang dapat dicontrol secara electronik.

Bagaimana nak hilangkan kulat tersebut? Jika burung belum bersarang mungkin langkah terbaik ialah menukar papan-papannya dengan yang baru. jika sudah ada sarang dan sarangnya banyak pula... maka apa yang anda boleh lakukan ialah kurangkan humiditi dan tingkat sedikit suhunya supaya keadaan dalaman lebih kering. Kulat-kulat boleh disau dengan kain supaya tiada lagi yang melekat di papan..atau kikiskan kulat-kulat tersebut supaya permukaannya menjadi kasar semula. Air liur akan lebih senang melekat di papan.

Kenapa dulu burung banyak bersarang tetapi kini sudah berkurangan?? Kesusahan untuk burung melekatkan air liu mereka ke papan menyebabkan mereka"gave up" dan berpindah ke rumah lain...ermmm buat apa susah-susahkan? banyak lagi rumah lain disekeliling rumah anda..

JADI ITULAH SEBABNYA PENGURUSAN DALAMAN RUMAH BURUNG ANDA AMAT PENTING UNTUK MENARIK BURUNG MASUK AN TIDUR SETERUSNYA BERSARANG HINGGA KE ANAK CUCU..

ADA DUIT UNTUK BINA RUMAH SATU PERKARA..TETAPI MENGURUSNYA ADALAH SATU PERKARA LAIN..HANYA ANDA SENDIRI YANG BOLEH MEMBUATNYA.. TIDAK ORANG LIAN..TIDAK JUGA PAK DIN..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments