RBL Di Segamat, Johor

Semasa berjalan-jalan mencari bank di Segamat hari Jumaat lepas Pak Din memerhati sekeliling melihat-lihat RBL di sini...menarik dengan pelbagai bentuk dan inovasi..  Tidak ada spesifikasi tertentu yang diikuti oleh pemilik rumah burung. Di mana ada ruangan dan wang disitulah dibinana RBL..Pembinaan dengan bata pasir, bata ringan, zinclom dan sebagainya,, bergantungpada kos masing-masing Pak Din rasa..

Samada di pekan lama atau pekan baru segamat, RBL semakin tumbuh bakkan cendawan..Segamat bakal menjadi bandar burung layang-layang juga kelak.  Tidak banyak burung yang kelihatan berterbangan di udara..mungkin semuanya pergi keluar bandar mencari makan. Masih banyak kawasan pertanian dan htan sekunder disekiatr bandar Segamat.. 

Di pekan baru Segamat menghala ke Kuantan RBL ini adalah antara yang terawal.. Pak Din lihatnya telah dibina pada 2-3 tahun lepas.. kini sudah banyak burung yang mendiaminya..sudah punya hasil lumayan Pak Din rasa,,

Salah sebuah RBL baru yang dibina di perjalanan ke Kuantan, terletak di atass bukit.. kelihatanya strategik sekali.. dengan dikelilngi oleh hutan belukar.

 Di satu sudut pula kelihatanya berderet rumah-rumah kedai yang bahagian atasnya ditukar menjadi hotel burung layang-layang. Siap dengan amaran kepada orang-orang yang lalu lalang di sini...AMARAN LALAUAN POLIS-POLIS...ermmm mungkin nak menyatakan kawasan rondaan plos..jadi hati-hati bagi penceroboh-penceroboh...

Begitu juga rumah-rumah burung di sini...hampir keseluruhanya bahagian atas bangunan ditukar menjadi rumah burung..menarikan??

Yang pasti bukan sedikit duit yang dilaburkan oleh pemilik-pemilik bangunan di sini?? Kehadiran populasi burungnya?? tiada siapa yang tahu..yang penting setiap pemilik kedai /bangunan mahukan business ini menjadi warisan keluarhga masing-masing..

Siapa yang ambil kisah berapa banyak pelaburan yang telah dibuat. berapa banyak wang yang terlonggok di sini tanpa hasil?? itu semua tanggungan pihak yang melabur..Bagaimana dengan pihak PBT?? tentu tiada yang memantau?? atau semuanya punya lesen premis sudah?? atau seperti yang diceritakan sesetengah pihak di sesetengah tempat.. ada  yang mnengutip wang perlindungan bagi premis-premis ini setiap bulan?? Tak Tahulah Pak Din hanya yang membuatnya tahukan??

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments