RBL Daripada Asbestos

Seorang teman telah menghantar gambar-gambar ini meminta khidmat nasihat berkaitan RBLnya ynag sudah lebih 7 bulan beroperasi (emailnya ketika dihantar ialah pada awal tahun 2011 dulu).

Beliau punya masalah burungnya telah mula membuat sarang selepas 4 bulan beroperasi tetapi 14 biji sarang yang dibina ditinggalkan begitu saja tanpa disiapkan.. Pertanyaannya mengapa??

Rumah ini nampak cantikkan?? ianya diperbuat dari asbestos bagi dinding dan lantainya.... Masalahnya lantainya basah apabila digunakan humidifier untuk mengurangkan kepanasan dan meningkatkan humiditinya.. jadi papan dibawah lantainya basah keterlaluan membuatkan papannya mereput..

Ermmm masalahnya agak ketarakan?? kayu yang basah membuatkan sarang susah untuk dibina..mungkin dalamannya terlalu lembap menyebabkan air liurnya susah melekat?? membuatkan si burung gave-up??



Penggunaan asbestos sebagai lantai boleh menyerap air dan jika air keterlaluan banyakknya akan menjadi lembap dan seterusnya berkulat dan menjadi hitam. Papan dibawahnya akan menjadi lembap dan seterusnya membusuk.. dan rosakkan? Jika ini berlaku papan akan mereput dan mengundang banyak serangga dan lain-lain musuh burung untuk tinggal di sini..

Apa yang boleh dibuat mungkin menukar lantainya dengan lapisan nipis cement/concrete di atas lapisan asbestos tersebut supaya lebih tahan bagi tingkat terbawah. Lantai yang lain ditukar dengan cement board?? mungkin mahal sikit tetapi boleh menyelamatkan rumah anda dalam masa jangka panjang..
Mungkin juga ruangan yang lebih besar bagai keliaran dibuka bagi tingkat atas?? dan humidifier hanya digunakan di tingkat bawah sahaja. Ini dapat mengelak dari lantai ditingkat atas basah.. seterusnya megelakkan pelbagai masalah..

Cubalah jika rumah anda masih bermasalah lagi sehingga kini..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments