RBL Changlon...Sudah Disiapkan Tetapi....


Buat pemilik RBL ini.. saya terpanggil untuk memberi sedikit komen... RBL ini sudah pun disiapkan..burung sudah keluar masuk bukan sedikit tetapi agak memuaskan...tetapi pemiliknya masih tidak berpuas hati kerana banyak komen-komen yang diterima oleh orang yang kurang arif tentang tabiat burung layang-layang. Ada yang menasihati rumah ini lebih memerlukan sebuah monkey house..kerana katanya burung tak mahu turun ke bawah.., rumahnya tidak cukup gelap, sebab itu burung tak mahu turun ke bawah..

Oleh kerana terlalu banyak komen-komen yang sebegini rumah ini sentiasa diberi gangguan demi gangguan.. Ramai pemilik rumah yang terlalu mengikut komen-komen teman-teman yang kurang arif yang mungkin bertujuan membuatkan RBLnya tidak berjaya... Jadi nasihat saya cuba tingkatkan pengetahuan diri dalam industri ini.. jangan hanya mengikut nasihat orang-orang sekeliling.. Rumah yang terlalu banyak gangguan akan menyebabkan burung "bosan" dan lama kelamaan apa yang ada akan beredar ketempat lain..dan jika ada RBL lain yang baru dibuka akan dikunjungi si burung... dan RBL anda akhirnya ditinggalkan..

Terdapat BANYAK contoh yang pemilik rumahnya terlalu CEREWET yang akhirnya kerugian kerana setelah berbulan-bulan burung masih tak tidur di dalamnya.. CUBALAH BERSABAR DAN BANYAKKAN BERDOA DAN BERSOLAT DHUHA SETIAP HARI MEMINTA PADA YANG BERKUASA UNTUK DIPERCEPATKAN REZEKI BAGI KITA.. DAN LEBIHKAN BERSYUKUR...

SEPERTI POSTING SEMALAM... KETAHUILAH BURUNG TIDAK MEMERLUKAN SUASANA GELAP SECARA TOTAL.. kerana susah bagi burung melihat di dalam gelap dan untuk turun ke bawah akan lebih menyukarkan bagi mereka..KERANA BURUNG INI BUKAN AKTIF MALAM...JADI MATANYA BUKAN SEPERTI BURUNG HANTU YANG DAPAT MELIHAT DI DALAM GELAP..

DAN sesungguhnya daripada pengalaman membina lebih dari 40 buah rumah pembinaan monkey house selalu membuatkan burung susah untuk turun ke bawah.. kecuali saiznya dibuat cukup luas untuk keselesaan mereka terbang..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments