Persoalan Mengenai Pengurusan Dalaman Rumah Burung

Soalan yang kerapkali dipersoalkan pada Pak Din... Kenapa ruamh burung saya dulunya banyak sarang tetapi lama kelamaan ianya semakin berkurangan...Kenapa? tidakkah sepatutnya semakin lama semakin bertambah??

Fikirkanlah kenapa perkara ini kerap terjadi pada rumah kita?? Jika dulu-dulu.. seputuh tahun atau dua puluh tahun dulu ini semua tidak menjadi persoalan..kerana burung lebih banyak dari ruma yang disediakan. Daripada mereka tinggal di gua-gua yang tidak selamat kepada diri sendiri dan anak-anak..lebih baik mereka tinggal dirumah-rumah yang disediakan..tak begitu??

Kini kemana  saja kita pergi yang pasti mesti akan kelihatan rumah-rumah burung yang dibina..besar kecil...tak menjadi kesusahan untuk dicari.. di bandar, dipekan kecil, di kampung dan desa..kawasan pertanian, sawah padi , getah dan kelapa sawit.. di mana saja..tak susah untuk burung mencari rumah yang selesa bagi mereka.. ada yang menyediakan hotel 5 star lagi dengan air-cond dan air terjun..pilih sajalahkan??

Jadi persaingan semakin sengit untuk menarik burung kerumah-rumah yang dibina.. jadi kalau kita tak menjaga keadaan dalaman rumah kita tentunya burung yang ada akan pergi meninggalkan rumah kita itu.. Kalaulah rumahnya terlalu panas..sehingga mencecah 30 degree ke atas.. buat apa mmereka tunggu didlamnya?? nak buat sarang pun kaki boleh terlekat di sarang yang mencair dek kerana panas. Atau pun..puas nak buat sarang tapi air liur yang dikeluarkan tak mahu melekat pada papan pembiakan kerana terlalu lembap. (MELEBIHI 90% RH).asyik jatuh ajer.. mana nak letakkan telur?? tentu telurnya jatuh kelantai?? penatkan?? jadi cabutlah kerumah yang lebih baikkan??

Begitulah pengetahuan penting dalam pengurusan rumah anda.. pastikan burung yang sudah mula bersarang atau tidur jangan berpindah ke rumah lain..JANGAN HANYA MENGHARAPKAN REZEKI TURUN DARI LANGIT SAJA..TANPA USAHA..TIADA REZEKI YANG DATANG AKAN KEKAL..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments