Pak Din, Kenapa Hiasan Dalaman RBL Saya Punya Papan Pembiakan Yang Begini??? (Atas)




Soalan yang sering diketengahkan kepada Pak Din apabila RBL sudah disiapkan.. kenapa hanya sedikit sahaja papan-papan pembiakan yang dipasang??? Sebenarnya jika nak banyak, bayarlah lebih.. kerana ianya melibatkan lebih banyak papan yang perlu dipakai dan kerja yang lebih rumit bagi memasangnya..kerana upah memasangnya juga akan meningkat..Betul tak?? Konsep Pak DIn jika punya duit sedikit tetapi masih mahu bina RBL..maka kenalah terima hakikatnya..

Janjinya kita masih boleh bina RBL..di dalamnya boleh ditambah bila diperlukan kelak. SENDIRI PUN BOLEH BIKIN bila telah banyak sarangnya dan papannya tidak mencukupikan?? Bukan susah..pakai screw ajer..dan lekatkan antara satu sama lain...

Buar permulaannya eloklah papan-papan dipasang memanjang sahaja bagi mengelakkan  sarang burung dipasang pada penjuru-penjuru yang menjadikan sarang burung kita rendah kualitinya. Sesetengah orang berkata lebih baik bagi burung-burung ini bersarang dipenjuru..janji mereka mahu bersarang... LEBIH BAIK ADA DARI TIADA..

Argument itu boleh dipakai tetapi sampai bila kita mahukan sarang yang begitu?? Jika sarangnya kita proses sendiri dan makan sendiri OKLAH KUT.. tetapi untuk dijual, sayangkan jika burungnya boleh menyediakan sarang yang lebih baik kenapa kita nak suruh dia buat yang kurang baik??


Cuba anda perhatikan berapa sarang yang dibina dipenjuru pada gambar 2 & 3 diatas.  RUGIKAN? jika kita berusaha lebih sedikit dengan memasang satu alatan khas yang membuatkan penjurunya lebih straight tentu sarang-sarang kita lebih baikkan? Tetapi untuk mencapai sarang-sarang yang sebegini banyak memerukan berapa lama?? setahun? dua tahun?  tak MUNGKIN..TENTU 5 TAHUN KE ATASKAN?

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments

juke said…
buat masa sekarang quality sarang x penting, yang paling penting bagaimana nak bagi burung bersarang itu cabaran paling besar sekarang. sudah ramai peternak merungut burung tak mahu bersarang walaupun sudah 6 bulan keatas
Unknown said…
buatlah muhasabah diri..jika semua sudah diusahakan..tanya diri sendiri kenapa burung tak mahu masuk dan bersarang..??