Nasihat Buat Bakal Pengusaha Yang Meminjam Dengan Bank..

Ramai dari kita yang telah membuat pinjaman dengan bank-bank tempatan bagi membina rumah-rumah burung. Duit sudah diambil tetapi rumah burung masih belum dibina..Jadi apabila rumah siap dibina.. duitnya sudah habis dibelanjakan ke lain... beli kereta baru, buat rumah sendiri baru, atau macam-macam lagi.. hingga duit sudah habis untuk nak DIBAYARkan rumahnya dan duit habis tak dapat nak bayar hutang sedangkan hutang bank perlu dibayar..

Bertindaklah secara saksama seperti pihak pengusaha Cina yang mengambil hutang yang banyak tetapi duitnya dibelanjakan untuk membayar balik hutangnya sebelum RBL mereka dapat mengeluarkan hasil.. Ramai yang mengeluh rumah burung siap dibina tetaPi burung lambat masuk, tidur dan bersarang.. MACAM-MACAM FEEL MASING-MASING..ADA YANG MEMINTA PAK DIN USAHAKAN BURUNG MASUK KERUMAH MEREKA DAN TERUS SURUH BURUNG BERSARANG SUPAYA HASIL DAPAT DIKUTIP DALAM MASA SINGKAT.. nasihat pak din tulislah surat pada si burung..katakan mereka mesti bersarang cepat kerana kami nak kena bayar hutang bank..KERANA BUKAN KUASA PAK DIN UNTUK MEMBUATKAN BURUNG BERSARANG SEGERA..PENING PAK DIN NAK  MENGIKUT KARENAH SEBEGINI..

ITU SEMUA ADALAH MENGIKUT REZEKI MASING-MASING..HANYA ALLAH YANG MENENTUKAN..Pak Din bukanlah penyelamat bagi orang-orang yang berhutang..Pak Din hanya dapat membantu membina rumah..untuk nak usahakan burung masuk INSHA ALLAHlah..yang lain tu..USAHAKANLAH SENDIRI..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments