Jabatan Mana Yang Menjadi Peneraju Pertama Industri Sarang Burung Layang-layang??

Pernahkah ANDA bertanya mana satukah Jabatan yang menjaga HAL EHWAL industri burung layang-layangini dahulu?? Sebelum Jabatan Veterina mengatakan mereka adalah peneraju bagi industri ini...JABATAN PERHILITAN TELAH PUN MENJADI PENERAJUNYA WALAUPUN tidak DICANANGKAN di dalam media massa .....

Sejak dari berpuluh tahun dulu burung ini telah disenaraikan di bawah satu perundangan yang di bawah jurisdiksi Jabatan PERHILITAN yang satu ketika dulu dianamakan JABATAN MERGASTUA. 

"ORDINAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN BURUNG DILULUSKANTarikh Peristiwa: 25-01-1955

Pada hari ini dalam tahun 1955, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar dan Burung diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu. Sebelum itu, beberapa ordinan dan enakmen berhubung dengan peraturan-peraturan Perlindungan Hidupan Liar seperti berikut telah diwujudkan dan dilaksanakan.Antaranya,
  • Ordinan Negeri-Negeri Selat No. 111 tahun 1894, memberi perlindungan bagi burung-burung liar. Ordinan yang serupa telah dilaksanakan di negeri Selangor pada tahun 1889;
  • Enakmen Perlindungan Hidupan Liar dan Burung tahun 1902 bagi negeri Selangor dan Perak. Enakmen yang serupa dilaksanakan di Negeri Sembilan pada tahun 1903;
  • Pada tahun 1904 negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan meluluskan satu enakmen baru yang buat pertama kalinya memperuntukkan pembayaran bagi lesen-lesen berburu dan memperuntukkan peraturan menghalang dari memburu binatang liar dan rusa yang belum matang serta menentukan panduan peringkat kematangan hidupan liar termasuk rusa;
  • Enakmen Hidupan Liar dan Perlindungan Burung-Burung yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu diluluskan pada tahun 1911. Enakmen yang sama telah dilaksanakan di negeri Johor pada tahun 1912. Dalam tahun 1921, peruntukan bagi penubuhan satu badan untuk melaksanakan undang-undang hidupan liar telah dimasukkan dalam Enakmen Hidupan Liar dan Perlindungan Burung Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini.
Berikutnya pada tahun 1930, Suruhanjaya Hidupan Liar telah ditubuhkan untuk mengkaji  isu-isu Perlindungan Hidupan Liar di tiap-tiap negeri. Dalam tahun 1937, Jabatan Mergastua telah ditubuhkan sebagai hasil dari kajian tersebut. Selain itu, beberapa rizab hidupan liar telah diwujudkan di negeri Perak, pada tahun 1903 dan King George V National Park di negeri Pahang atau Taman Negara yang diwujudkan pada tahun 1938. Walaupun telah wujud Ordinan dan Enakmen Perlindungan Hidupan Liar tetapi ianya tidak seragam dan tidak lengkap kerana setiap negeri mempunyai pelbagai peraturan yang berbeza. Pada hari ini dalam tan.ahun 1955, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar dan bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu diluluskan Ordinan itu digubal untuk mengadakan peruntukan menyeluruh dan sempurna bagi memberi perlindungan kepada hidupan liar dan burung-burung agar tidak pupus.  

Begitulah ceritanya..seawal tahun 1800'an lagi burung-burung ini telah dilindungi..dan diletakkan di bawah jabatan PERHILITAN/Mergastua.. Kemudian pada tahun 1972 ianya kemudian diletakkan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar.. Kini apabila Akta baru diluluskan pada 28 Disember 2010 burung ini "TERPAKSA" DIKELUARKAN atas sebab-sebab yang hanya "MEREKA" yang mengetahuinya..

Kini tiada siapa yang menjaga "hak ehwal" burung-burung ini..kecuali pemilik-pemilik rumah burung yang telah/bakal menceburinya.. Ada kedengaran cerita-cerita anak-anak burung ini dibunuh oleh pemilik-pemilik yang "AMAT KEJAM" APABILA rumah mereka sudah dipenuhi dengan sarang dan ini dibuat bagi mengelakkan burung ini berpindah keruamh-rumah lain... seperti yang dikhabarkan berlaku kepada anak-anak ayam jika pasaran dilimpahi dengan ayam..INI UNTUK MENJAGA HARGA PASARAN AYAM..APAKAH PERKARA YANG SAMA BERLAKU BAGI BURUNGLAYANG-LAYANG INI??? eanthalah..WALLAHUALAM..

to be continued...


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments