Dari Taukey kain ke Taukey Burung..Syabas!!



Kini impian pemilik tanah ini telah dapat melihat sedikit perkembangan keatas cita-citanya menjadikan industri sarang burung menjadi sebahagian daripada industri keluarganya..hampir menjadi nyata.. Beliau ialah anak watan di kampung ini..Terletak di Air Jernih, Kemaman, tanah yang lama terbiar kini sudah dibersihkan dan sebahagiannya bakal didirikan dengan sebuah atau dua? atau tiga?? rumah burung yang berkembar 2 atau tiga?? Insha Allah jika tiada ARAL MELINTANG" sebuah dulu bakal disiapkan dalam tempoh 2-3 bulan ini.. Berukuran 20'x70'x30' ia bakal tersergam indah di sini..

Mulanya orang kampung tertanya-tanya siapakh pemilik tanah ini...ada yang bertanya Pak Dinkah yang membeli tanah milik ??? ini untuk dibina sebuah RBL?? Jawab Pak Din...TAK..Pak Din hanya kontraktraktor yang dilantik untuk membinanya. Dan Pak Din bakal menjayakannya..Insha Allah dengan bantuan dan izin Allah. Terima kasih kepada jiran sekeliling yang telah membantu menyewakan rumah berhampiran untuk pekerja Pak Din tinggal sementara menyudahkannya.. Walaupun agak mahal..tetapi Pak Din berterima kasih.. Terima ksih juga pada jiran disebelah yang membenarkan penggunaan api dan iar dari rumah beliau..

Lucunya ramai yang tertanya-tanya siapakah pemilik RBL ini kelak sehingga pihak JKK telah ke Pejabat tanah dan Majlis untuk membuat komplain...mungkin masih difikiran mereka RBL ini bakal membawa masalah kepada penduduk kampung kerana terlalu banyak persepsi negatif yang terdapat difikiran penduduk kampung.. persoalan mereka..i. tidakkah ianya bakal membiakkan nyamuk??  ii. najisnya kelak akan busuk kepada jiran? iii. bunyi yang bising kelak menyebabkan mereka terganggu tidurnya dan anak-anak yang  bersekolah bakal terganggu?? dan bermacam lagi...

Kesemuanya Pak Din jawab dengan baik.. mungkin jika perlu satu program kesedaran awam boleh dianjurkan di sini bagi membuka mata mereka.. Cadangan Pak Din...Lebih baik pihak Veterinar yang berbangga menjadi peneraju industri ini  berbuat sesuatu di seluruh negara bagi memberi kesedaran kepada semua tentang industri ini..


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments