Tiga Kembar Tapi Tak Serupa




Tiga buah RBL dibina sederet berhampiran dengan satu sama lain. Pemiliknya orang lain setiap satunya kerana binaannya tidak serupa. Terletak di dalam kebun pisang, kelapa sawit..mungkin sudah lama beroperasi. Begitulah jika pemilik kawasan tersebut adalah berbangsa Cina..setiap tanah yang ada akan dibina dengan rumah burung?? Kenapa? Untuk pelaburan masa depan diri sendiri dan juga anak cucu. Begitulah adat mereka.. Jika ada duit tentu pelburannya bukan sahaja membeli tanah tetapi tanahnya dilaburkan dengan RBL disampin tanaman lain yang diusahakan untuk hasil segera...

Pak DIn berjumpa satu keluarga yang menjadikan kedai makan sebagai mata pencarian sampingan...orang kita.. bila bertanya tentang industri ini...kelihatannya mereka masih di takok lama.. berpendapat industri ini hanya untuk kaum Cina..sebab mahal...ratusan ribu..Ceritanya penduduk kampung tidak menyukai industri ini kerana berbau busuk dan menjana nyamuk...bukannya duit...ermmmm masih ditahap dulukan?? Mungkinkah ianya bakal menjadi isu jika dibuat berdekatan kampung mereka?? Entahlah begitulah selalunya jika pemiliknya orang Melayu...Bising sudah tentu menjadi isu..

Perkara ini mungkin perlu diambil kira kerana merekapastinya tidak menyukai orang luar membina RBL di sini.. Mungkin silencer akan dipakai untuk mengelak dari gangguan, walau pun tidak jauh dari situ juga banyak rumah burung sudah dibina..dan sedang dibina..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments