RBL Pekan Hampir Siap Sepenuhnya..



Semalam Pak Din telah membuat pra-pelancaran bagi RBL Pekan ini..Dengan saiz 20'x40'x2 tingkat dan terletak di belakang Rumah pemiliknya dan bersebelahan dengan Sungai Pahang, ia bakal mencipta sejarah tersendiri di sini. 

Walaupun tidak ramai yang datang melawat, sekitar lebih dari 100 ekor telah menjengah bila suara dimainkan. Beberapa jenis bunyi dicuba di sini bagi menentukan jenis mana yang diminati burung-burung di sin..akhirnya "bunyi Tg Karang dapat menarik burung ini berlegar rendah..Alhamdullilah.

Walaupun burung banyak yang datang tetapi mereka masih takut untuk mencuba masuk kedalam, semasa pemerhatian cuma seekor saja yang masuk/keluar , sementara yang lain hanya berlegar...Apa yang Pak Din dapati,,bila RBL kita rendah, kehadiran kita serta anak-anak membuatkan mereka takut untuk  masuk..Mungkin kelihatan pada mereka "musuh" berkeliaran di bawah..

Insha Allah jika pagar ke RBL ditutup dan ianya dibiarkan tanpa menggangu, burung mungkin lebih berani meninjau masuk kedalam. Mungkin penebangan pokok kelapa dan getah ditepinya boleh membantu kerana ia kelak bakal membuatkan musuh burung hinggap dan bertenggek di sini dan ini juga bakal menakutkan mereka untuk masuk kedalam...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments