Najib garis tujuh prinsip segarkan sektor pertanian


AMA

ARKIB : 23/04/2011

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL 




Najib Tun Razak mencedok gulai kawah pada Hari Perhimpunan Petani Penternak dan Nelayan 2011 di tapak MAEPS, Serdang, semalam sambil diperhati oleh Noh Omar (kiri). - bernama



KUALA LUMPUR 22 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tujuh prinsip sebagai suntikan baru kepada sektor pertanian dalam menjadikannya lebih dinamik dan segar dari sudut perkembangan serta imej.
Prinsip pertama, kata Perdana Menteri, berkaitan dengan teknologi ke arah memastikan setiap bidang tanah yang dilupuskan untuk pertanian berkemampuan dilonjakkan pengeluarannya.
''Misalnya penggunaan teknologi benih yang dibangunkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) serta pihak lain dan penggunaan teknologi baru bagi menambah hasil tangkapan ikan berbanding penggunaan tukun seperti sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Perhimpunan Petani, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan 2011, di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Prinsip kedua, tambah Najib, adalah dengan mengamalkan kaedah pertanian terbaik dan meninggalkan pendekatan sebelum ini iaitu tanam, tinggal dan tuai (3T) yang tidak lagi sesuai.
Katanya, prinsip ketiga pula adalah melihat dari aspek keluasan tanah yang ekonomik, iaitu dengan mengusahakan tanah yang boleh memberi pulangan berbaloi dan melihat kepada pembangunan secara kluster.
''Prinsip keempat pula adalah rantaian pemasaran yang memberi keuntungan kepada pengeluar iaitu petani kerana rantaian pemasaran yang memberi pulangan berpatutan dan nilai tambah yang baik akan menguntungkan mereka yang menjadi pengeluar pada peringkat permulaannya," kata beliau.


NOTA: Mohon pihak berwajib mewujudkan satu cara pemasaran sarang burung layang-layang ini bagi menguntungkan pengeluar.. dan bukannya pembeli..kini di pasaran harga cuma sekadar RM4K-5K sedangkan di luar ianya boleh mencecah sehingga USD30K...siapa yang lebih beruntung?? Lebih baik jadi pembeli dari pengeluarkan??


Prasarana yang lengkap seperti sistem perairan yang baik serta jalan raya yang sempurna di ladang-ladang pertanian pula tambah Najib, menjadi prinsip kelima kerana ia dapat membantu petani menambah dan memasarkan hasil pertanian.
Prinsip keenam pula, kata beliau, berpindah daripada aktiviti pertanian bernilai rendah kepada tinggi seperti perusahaan rumpai laut, ikan hiasan dan burung walit sebagai alternatif lebih baik.
''Prinsip terakhir pula adalah sikap, etika dan budaya kerja," kata beliau

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments