Harapan Setinggi Gunung,, Tetapi Mereka Pasrah.. Rezeki Di Tangan Yang Maha Kuasa... Hanya Doa dan Usaha Yang Diperlukan...



Dari sebuah tapak projek rumah?? yang terbengkalai kepada tapak belaan ikan..yang tidak menjadi ianya kini sudah tersergan indah sebuah RBL milik kaum Ku di Pekan sebuah bandar di Raja Pahang dan sebuah bandar kelahiran seorang Perdana Menteri....

Lokasinya hanya sekitar 1 km dari bandar tersebut di mana terdapat beberapa buah rumah burung yang dipunyai oleh kaum Cina... burungnya banyak berterbangan di udara di waktu awal pagi dan lewat petang.. 

Beliau merupakan pemilik pioneer dari kaum bumi yang mencuba menceburi bidang ini setelah sudah hampir ?? bulan memikirkan buruk baiknya industri ini.. Pinjaman peribadi telah pun dibuat beberapa bulan yang sudah.. bayaran sudah mula terpaksa dibayar?  tetapi rumah baru nak dimulakan panggilannya. Mungkin dalam seminggu dua lagi?? Insha Allah

Mengikut mak cik yang tinggal di sini (di dalam gambar) setiap pagi dan petang banyak sekali burung layang-layang ini datang kesini...mencari makan dan minum mungkin??

Harapan mereka anak beranak begitu tingg sekali bagi kejayaan RBL ini kerana teman mereka yang tinggal berdekatan di NENASI sudah pun memulakannya beberapa bulan lepas dan hasilnya sudah 2 kilo sarang, walau RBLnya hanya merupakan sebuah bilik di rumah tempat tinggalnya.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments