Dari Kuantan ke Pekan...

Ketika melalui jalan lama dari Kuantan ke Pekan.. Kelihatannya banyak sekali RBL yang telah didirikan.. Ada yang besar dan ada yang bersaiz kecil tetapi kelihatannya bagai sudah lama beroperasi. Lokasinya yang berhampiran kawasan hutan belukar dan tanah lapang membuatkan kesemua RBL ini mempunyai habitat sekeliling yang meenarik dan berpotensi sekali.. Pemiliknya pak Din kurang pasti mungkin ada kaum bumi tetapi kebanyakkannya tentu sahaja milik kaum cinakan? 

Siapa pun kepunyaannya...kita doakan kejayaan buat semua kerana tentunya masing-masing mengeluarkan wang yang banyak untuk membinanya. 

Keselamatan bangunan merupakan faktor penting apabila semuanya telah berjaya kerana PEROMPAK PENYAMUN tidak mengenal siapa... bila ada hasil..tentunya mereka dahulu yang akan mengutipnya.. Jadi apa pun yang kita lakukan pastikan ianya selamat dari sebarang pencerobohan kerana bukan saja ianya merugikan kita tetapi juga menjadi gangguan kepada penghuninya... siburung kelak mereka CABUT TERBANG MENINGGALKAN RUMAH KITA..

Jadi awaslah dengan segala pencerobohan jika RBL kita jauh dari rumah kita mahu pun sanak saudara kita yang boleh kita harapkan....


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments