Cara Conventional Membina RBL...



Cara conventional ini masih diikuti ramai dalam membuat rumah burung Specnya seperti membuat rumah kediaman manusia. Kenapa?? Itu sajakah caranya atau itu saja yang kita tahu?? Inovasi adalah penting dalam menarik burung masuk ke dalam rumah burung kita. Kedua-dua cara pembinaan di atas  adalah cara biasa yang dibuat oleh kaum Cina dan juga oleh kaum bumi yang meminta kontraktor Cina membinanya untuk kita. Harga begini yang membuatkan ialah agak tinggi dan kadang-kadang diluar kemampuan kitakan?

Kalau dulu Pak Din pin berfikiran sedemikian..tetapi sejak beberapa tahun menceburi bidang ini.. Pak terfikir cara-cara bagi meningkat dan mempercepatkan kemasukan burung ke dalam rumah burung kita.. Harganya boleh dibuat pada kadar yang lebih rendah dan lebih ramai yang menjadi mampu milik dengan pinjaman wang yang tidak terlalu membembebankan. Insha Allah.

Cara convenional di atas juga banyak menyebabkan RBL  kita hanya dimasuki burung diperingkat atasnya sahaja kerana burung mempunyai kesukaran untuk turun kebawah. Ramai yang bertanya..Pak Din kenapa rumah saya burungnya masuk tetapi tidak mahu turun ketingkat bawah?? Ya dulu pun Pak Din mengalami masalah yang sama.. Ada burung yang turun kebawah pun tak pandai naik keatas dan keluar semula menyebakan kematian.. Anda Tahu kenapa??

Pintu masuk dan ruangan turun kebawah yang terlalu kecil dan keadaan dalaman yang terlalu gelap menyebabkan burung tidak nampak dan tidak dapat berekolokasi dengan burung lain untuk dijadikan panduan. ..Jadi cuba-cubalah fikirkan bagaimana membantu menyenangkan burung masuk dan kelaur dari rumah kita atau kedalam rumah kita...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments