Beware...LHDN Sudah Mula Bertindak...

Semalam Pak Din melalui beberapa kawasan di Yan, Kedah dan mendapat beberapa orang wakil dari LHDN sudah mula beroperasi mencari RBL-RBL yang telah dibina untuk dikutip hasilnya.. Dulu pernah jugaPak Dengar akan perkara ini.. ramai yang cuba mengelak...untuk membayar cukai. Mungkin ramai yang sudah mengutip hasil dan masih enggan membayar cukainya... ENTAHLAH!

Semalam Pak Din memerhatikan wakil-wakil LHDN tersebut mengambil gambar-gambar RBL tersebut... pemiliknya Kaum Cina Pak Din rasa... RBLnya sudah megeluarkan hasil?? atau Tidak taklah Pak DIn tahu.. tapi kalau dah  wajiblah dibayar kut??? Kurniaan Allah Taala..bagi yang berugama ISlam pastinya lebih baik di bayar zakatnyakan??

Kepada teman-teman kita yang masih baru dalam industri ini dan belum pun mengutip hasil dan hutang bank sudah mula kena bayar..pasti kita mengharapkan pihak kerajaan mengambil tindakan sewajarnyakan? janganlah pula cukai NAK  dikutip sedangkan modal kita pun masih belum terbayar!!! Bagaimana kita nak maju sedangkan pelbagai bayaran nak kena bayar..sebelum ini pihak PBT mengenakan pelbagai bayaran dan tuntutan walau RBL kita bukan didalam kawasan mereka... ermmmm ni LHDN pula...pertimbangkanlah bukan senang kita nak cuba bina RBL .. bukan orang banyak duit saja yang boleh membina tetapi ramai yang terpaksa berhutang untuk menceburi bidang ini...

Diharap pihak berkuasa tidak hanya BERIA-IA  memikirkan cara mengutip hasil DARI RBL-RBL KITA YANG KECIL MOLEK INI UNTUK MENDAPAT DUIT GAJI ATAU ELAUN... fikirkanlah bersama betapa susahnya pemilik-pemilik RBL in berhutang piutang untuk mencuba mengubah nasib dan pendapatan anak isteri di masa hadapan.... bukan senang nak berjaya dalam industri ini... bertahun-tahun ada yang mencapai sepuluh tahun barulah hasil dapat dikutip dengan lumayan...

Tidak ada yang RASA TERKILAN KAN? JIKA HASIL LUMAYAN SUDAH ADA UNTUK MEMBAYAR CUKAI-CUKAI YANG BAKAL DIKENAKANKAN?  JADI FIKIR-FIKIRKANLAH BERSAMA WAHAI YANG BERKUASA....WALLAHUALAM.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments