Air Mata Air RBL...Konsep Air Meleleh Untuk Kesejukan??



Sebuah RBL yang kelihatanya agak UNIK di bina di dalam kawasan berlatar-belakangkan Kebun getah. Kelihatnya dari jauh seperti satu struktur lain di bina di tepi dindingnya.. tetapi bila didekati ianya merupakan  lelehan air yang dibuat dari bumbung rumah dan dilelehkan turun hingga ke tanah. Cadanganya mungkin untuk menyejukkan dalaman rumah. Satu idea yang baus tetapi membahayakan rumah itu sendiri.. JIKA PEMBINAANNYA TIDAK FULL-PROOF mungkin satu hari bumbungnya tiris atau dalamannya berkulat. Jika hendak MENIRU KONSEP INI DAPATKAN KONTRAKTOR YANG BERTAULIAH.

Cara yang lebih senang bagi mengelakkan kepanasan dalaman ialah meletakkan kepingan stereform yang diwarnakan gelap supaya ianya menyerap haba dari masuk kedalam..atau meletakkan jaring hitam "penutup orchid" pada ketelusan cahaya 95%.. ian juga agak berkesan. Ini boleh dipasang di sebelah cahaya matahari di sebelah petang kerana cahaya semasa ini agak panas. 

Atau jika kita punya wang berlebihan gunakan konsep kipas berwap..dipasang di atas bumbung..MACAM YANG DIPASANG DI RESTORAN MAMAK... INI juga mungkin dapat menarik burung datang bermain-main di atas bumbung kita seterusnya boleh ditarik masuk kedalam rumah.. CUBALAH SUATU INOVASI TERSENDIRI ASAL DAPAT MENARIK LEBIH BANYAK BURUNG..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments