RBL- Kg.Tiong Kota Baru, Kelantan.....Hampir Siap.



Sebuah RBL yang penuh kontroversi sejak pembinaannya...kini sudah hampir siap. Alhamdullilah Pak Din bersyukur... segala rintangan sudah dapat diatasi..kini yang tinggal cuma kerja-kerja plaster diluarnya dan pemasangan papan pembiakan dan audio sistem. Insha Allah sebelum akhir bulan ini ianya bakal beroperasi..

Semalam Pak Din datang memeriksa segala pembinaan bagi memastikan semuanya berjalan lancar.. lubang-lubang ventilasi akan dibuat di dinding-dinding yang kurang pancaran matahari terutamanya di waktu petang bagi mengelakkan  haba panas masuk kedalam terlalu banyak.

Pemiliknya adalah seorang ustaz di Kota Baru, client pertama Pak Din di sini.. Alhamdullilah dilihat pada petangnya begitu banyak burung mencari makanan di sini.. Lokasi yang menarik dan berhampiran dengan kolam ikan yang sentiasa aktif dengan peraduan menangkap ikan setiap malam..(pemiliknya seorang pengusaha Cina... satu industri yang lumayan pada pemiliknya..kerana ramai orang yang "crazy" memancing di sini!!)....banyak juga makanan serangga yang terhasil dari kolam ini.. dan air minum dan mandi juga dekat dengan RBL ini.. 

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments