Mengapa Ada Bumbung Kecil..... Tempat Penyediaan Makanan???



Sesetengah PEMILIK RBL membina atap tambahan di bumbung bangunan sebagai tempat "shade" bagi mengurangkan kepanasan TETAPI bagi  RBL ini ianya digunakan sebagai tempat penyediaan makanan bagi menghasilkan serangga yang menjadi "makanan" kepada burung layang-layang ini. Roti "busuk/expire" dan susu dimasukkan kedalam besen dan diletakkan di bawah bumbung ini..Serangga-serangga yang dihasilkan akan berterbangan di atas bumbung ini dan dijangka akan menarik burung-burung untuk datang menyambarnya untuk dijadikan makanan.

Begitulah creativiti pemilik-pemilik RBL ini berusaha menarik burung-burung yang ada disekitarnya. BERHASIL ATAU TIDAK ...wallahualam..

TETAPI HATI-HATI DENGAN lain-lain burung yang mungkin menjadi pemangsa kepada burung layang--layang ini. dan juga cicak, lipas dan sebagainya kerana mereka juga "opportunistik"  dan juga hati-hati juga kepada ketindakseimbangan ekologi RBL kita kerana ianya tidak lagi natural.. dan penyakit-penyakit yang mungkin menjangkiti burung-burung ini.. TAKUT KALAU-KALAU DI SATU HARI.. burung-burung ini tidak lagi BERSIH SECARA SEMULAJADI.NYA.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments