Masalah Kawasan Di sekeliling RBL Punya Banyak Pokok


Anda punya kawasan yang punya banyak pokok yang tinggi dikelilingnya?? Tetapi ingin membina sebuah RBL??  dan terlalu sayang untuk memotongpokok-pokok tersebut? Apa yang anda boleh buat??

Ermmmm.. anda masih boleh membina RBL anda dengan mengambil contoh RBL di atas.  Pertamanya binalah RBL anda dengan ketinggian yang lebih sedikit dari pokok sekitarnya. Anda boleh kecilkan sedikit saiznya tetapi gunakan peruntukan yang ada untuk mendapatkan ketinggian yang lebih. Saiz minimum (lebarnya boleh dibina dengan  minimum 15' ). Apabila membuat pintu masuknya anda boleh membuat "gaya terjun" atau pintu masuk yang dihalakan ke arah laluan pergi dan bailk burung semasa mereka mencari makan atau halakan ke RBL yang berdekatan yang anda pasti sudah punya banyak burung. (Kita tarik anak-anak burung mereka supaya datang berkunjung kerumah kita).

Jika kita tahu RBL kita akan memancarkan suara tetapi akan terganggu oleh pokok yang tingi di hadapan.. apa yang boleh anda buat?? bina satu "pole" tinggi keatas gunakan bunyi panggilan burung untuk menarik seramai mungkin datang kerumah kita. gunakan suara memujuk mereka masuk di pintu masuk rumah dan dalamannya menggunakan suara menarik mereka tidur di dalamnya.. JADI GUNAKANLAH 3 SUARA UNTUK SEMUA INI.. iNSHA ALLAH AKAN BERHASILL..CUBALAH..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments