Impianku kini hampir menjadi Kenyataan...Insha Allah


Setelah sekian lama barulah RBL ku menampakkan pengakhiranya. Ianya kini sudah hampir siap, cuma bumbung dan plasternya saja sedang dibuat oleh pekerja Pak Din.. beginilah adatnya apa mula terberhenti, maka akan mengambil masa untuk disiapkan. Mulanya terpaksa berhenti pembinaannya  apabila hujan lebat, banjir melanda.. banyak barang yang dihanyutkan oleh air banjir teruatamnya bata ringan.. Pekerja terpaksa pula diupah untuk pergi mengutipnya semuall Alhamdullilah 400 keping dapat diselamatkan. Tambahanya terpaksa dibeli lagi..tambahan kos..apa nak buat..berserah ajerlah.

Selepas isu banjir timbul pula isu TNB yang cuba menghalang pembinaan RBL ini sehingga pemiliknya ingin menukar lokasi..TENTUNYA merugikankan?? ialah sudah banyak yang dibelanjakan untuk tapak dan barang-barang yang dibeli... Tetapi itu juga Alhamdullilah..dapat diselesaikan..

Selepas itu pekerja pula yang lari..sebab lama menunggu tanpa gaji kerana tak ada kerja yang boleh dibuat...ketika itu hingga Pak Din terpaksa mengimport  pekerja dari  Kedah untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh... KINI alhamdullilah semuanya sedang berjalan lancar....KITA MERANCANG, TETAPI ALLAH MENENTUKAN..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments