Bila Membina RBL Sebegini... Apa Yang Patut Kita Buat Bagi Menarik Burung Masuk ?


Jika anda sedang membina Sebuah RBL baru yang  bersaiz sebegini... apa yang penting yang perlu anda fikirkan. Bagaimana hendak menarik burung masuk dengan lebih cepat?? Jika di kawasan lapang sebegini peluang anda lebih cerah kerana masalah pancaran suara tidak ada. Panggilan boleh dibuat dengan suara yang tak perlu dikuatkan kerana pancaran suara boleh dibuat secara direct,, tiada masalah pantulan suarakan? Mungkin pantulan suara boleh mencapai sasaran lebih dari 1 kilometer jauhnya??

Perkara kedua yang boleh difikirkan ialah bagaimana kita menarik burung terus masuk kedalam RBL kita. Tak perlu kita meniru orang membina monkey house..jika RBL yang kita bina di kawasan lapang.. pintu masuk terus dari dinding adalah lebih baik kerana apabila ia masuk kedalam, keupayaan untuk terus berlegar di dalam rumah hingga ke tingkat bawah adalah lebih baik. TIADA MASALAH BURUNG TAK MAHU TURUN KETINGKAT BAWAHKAN?

Tetapi untuk burung terus turun kebawah kita kenalah fikirkan pula macam mana nak beri mereka keselesaan untuk berlegar... Oleh itu janganlah pula kita membuat pintu masuk dari tingkat atas ketingkat bawah yang tidak selari...susah burung nak cari jalan untuk turun kebawah dan bila dah dibawah susah pula bagi mereka nak cari jalan keluar..maknanya pintu turun ketingkat bawah seeloknya selari..FIKIR-FIKIRKAN LAH..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments