Disepanjang Perjalanan..


Sebuah RBL milik kaum kita (??).. dibina di dalam kampung di tepi jalan lama menghala ke Maran dari Jerantut. Pembinaannya menggunakan bata pasir. Tersergam indah..sudah berjaya Wallahualam..semasa melaluinya tidak nampak burung berlegar diatasnya..tetapi melihat kepada lokasinya..Pak Din rasa kejayaan sudah ada kerana tiada RBL berhampiran (Tak nampak dari jalanraya)

Di mana juga tidak kelihatan burung-burung berterbangan diatas RBL yang ada di sepanjang laluan.. mungkin cuaca yang agak redup.. membuatkan burung-burung ini sibuk mencari makan di kawasan pertanian/hutan disekitarnya. 

Pintu masuknya tidak kelihatan dari hadapan, mungkin dibelakang rumah atau id tepinya.. apa pun asal tidak punya pokok di hadapannya ia boleh memberi pancaran suara yang baik bagi menarik burung datang. 

Mengikut pengalaman Pak Din atap rumah yang dibina menggunakan koncrete selalu mendatangkan masalah kebocoran.. bukan apa...keadaan hujan lebat di negara kita yang selalu jatuh keatas concrete yang kita bina sebagai atap akan menyebabkan concrete yang terdiri dari pasir/batu dan simen akan lama kelamaan "haus" dan lambat laun akan bocor. RBL yang dibina dengan concrete sebagai atap nampak cantik tetapi lama kelamaan akan bocor..Jadi Pak Din nasihatkan buatlah 2 lapisan atap seperti bangunan diatas bagi mengelak kebocoran dan kerosakkan siling dan papan pembiakan..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments