Sarang Yang Tidak Cantik- Kenapa Jadi Begitu??



Sarang yang dibina di papan pembiakan yang "straight" bentuknya kurang cantikan?? Kenapa?? Kebiasaannya bentuk begini terjadi disebabkan suhu rumah yang agak panas. Air liur yang dihasilkan ada yang meleleh keluar dari landasan pembinaan sarangnya. Di awal pembinaan agak panas tetapi kemudiannya suhu sedikit menurun menjadikan sarang yang dibentuk dibahagian atas lebih cantik dan kurang bulu yang melekat.


Sarang ini juga punya bentuk yang tidak cantik dan kualitinya kurang. bentuknya herot-petot dan banyak bulu juga yang melekat.. sebabnya?? yang pasti suhu juga agak panas. Air liur yang dhasilkan cepat kering dan susah dibentuk.. Biasanya burung jantan/betina akan mengeluarkan air liurnya melalui paruh dan seperti tukang jahit..akan "menitik" dipermukaan kayu dari satu hujung kehujung lagi satu, kiri kekanan dan kanan ke kiri.. n vise versa..


Sarang ini ditinggalkan oleh pemilik rumah untuk membiarkan burungnya bertelor sekurang-kurangnya setahun dua.. Terdapat  sarang yang telah siap dan diubahsuai lagi pada musim bertelor yang berikutnya. Cara ini amat baik jika burung baru mula bertelor di rumah kita kerana jika tidak diambil..selepas anaknya terbang, ia akan bertelor  lagi.. sehingga 2-3 kali dalam satu-satu musim bergantung pada supply makanannya.


Sarang ini dibina di atas sarang lama yang bukan berasal dari sarang layang-layang gua. pada permulaannya mungkin sarang burung ' White-bellied swiftlets" digunakan, dengan telor asalnya dibuang?? (salah tu di segi undang-undang) digantikan dengan telor layang-layang gua. Ibu burung asal akan mengeramkan telor yang diganti tadi tanpa mengetahui ianya bukan lagi telornya sendiri. Selepas anak burung tersebut besar... sarang yang ditinggajkan si ibu "surrogate mum" anak yang menetas di situ akan mengikut cara si ibu membuat sarang dengan bulu dan daun-daun/rumput kering.. Anak-anak ini akan mula pandai membina sarang dari air liur selepas beberapa kali bersarang..?



Kesihan anak burung ini.. keadaan  panas yang keterlaluan di dalam rumah burung akan menyebabkan accident begini terjadi..air liur yang dihasilkan terlalu cepat keringnya hingga badan boleh melekat di sarang yang boleh menyebabkan kematian..rugikan? dan kesihan burung ini...mencuba memberi hasil kepada pemilikrumahnya tetapi suhu tak dijaga untuk mereka membuat sarang dengan selamat.



 Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments